
Lori yang membawa muatan termasuklah pengangkut perlu mengambil langkah keselamatan agar tidak berlaku perkara tidak diingini yang boleh mencetus kepada kemalangan.
Namun sejak kebelakangan ini, dapat dilihat masih terdapat lori atau trak yang gagal berbuat sedemikian ketika berada di atas jalan raya yang dipenuhi ramai pengguna lain.
Seperti sebelum ini, sebuah lori treler didakwa bawa muatan blok batu tanpa sebarang penghadang di sekitar jalan raya di ibu negara.
Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Bahaya” – Lori Treler Didakwa Bawa Blok Batu Tanpa Penghadang Buat Ramai Risau [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hampir Dirempuh Motosikal, Insiden Kontena Tercabut Dari Kepala Lori Bikin Ramai Seriau
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lori Tangki Terbalik Hempap Kereta Berhenti Di Lampu Isyarat
Trak Pengangkut Flatbed Angkat Lori Senget
Baru-baru ini, beberapa video yang dimuat naik di TikTok menyaksikan sebuah trak pengangkut flatbed yang mengangkat sebuah lori lain.
Namun apa yang menarik perhatian orang ramai adalah kedudukan lori yang diangkut kelihatan senget ke sebelah kanan seolah-olah boleh menyebabkan ia terjatuh.
Menerusi salah satu video, kelihatan trak terbabit sedang berada di Lebuh Raya ELITE berhampiran susur keluar ke USJ/ Hicom/ Puchong sekitar jam 2.19 pagi 10 Mac.
Satu lagu video dirakam pula menampakkan papan tanda Hentian Sebelah Sg Bakap di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang bermaksud trak itu mungkin telah dipandu dari Pulau Pinang ke Selangor atau sebaliknya.
Trak flatbed berkenaan juga dilihat telah memasang lampu kecemasan (hazard light) dalam kedua-dua video terbabit.
Tonton video penuh [DI SINI].
Kerja orang gila ni
Tonton video penuh [DI SINI].
Lori Diangkut Dipercayai Terlibat Kemalangan
Jika anda berada di lebuh raya berhampiran trak flatbed berkenaan, pasti merasa seram melihatnya. Itulah yang dikongsikan oleh orang ramai di ruangan komen yang turut merasa risau melihat kenderaan lain yang memotong trak tersebut.
Terdapat juga pengguna media sosial yang mendakwa mereka sendiri melihat trak flatbed tersebut ketika dalam perjalanan. Salah seorangnya mendakwa trak terbabit sedang dalam perjalanan ke arah Selatan.
“Saya jumpa semalam. Lori atas tu kemalangan. Polis pun ada masa dia lalu semalam,” kata seorang individu.
Dalam masa sama, seorang pengguna media sosial mendakwa lori yang diangkat telah diikat dengan elok dan selamat menggunakan ‘bell’ dan ‘camlock’.
Namun ada yang beranggapan lori berkenaan tidak sesuai ditunda dengan cara tersebut dan sepatutnya ditunda secara tarik belakang.








Tayar Rosak Antara Salah Satu Punca Berlaku Nahas Kemalangan Jalan Raya
Insiden kemalangan jalan raya berkait dengan lori sememangnya kerap dilaporkan di dalam negara. Seperti pada penghujung Disember 2024, kemalangan maut di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di Melaka telah mengorbankan tujuh orang mangsa.
Baca Artikel Berkaitan: Kemalangan Di Melaka: 7 Maut & 33 Mangsa Cedera Libatkan 5 Kenderaan
Siasatan awal mendapati nahas terbabit berlaku apabila tayar hadapan sebelah kanan sebuah lori tercabut sebelum dilanggar sebuah bas persiaran.
Sebenarnya, keadaan tayar kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik merupakan salah satu punca yang menyebabkan kemalangan.
Untuk info, semua kenderaan perdagangan termasuk lori dan treler wajib menjalani pemeriksaan berkala di Puspakom setiap 6 bulan menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Antara perkara penting yang akan diperiksa dan diuji oleh pihak Puspakom ialah sistem brek, tayar serta gandar, sistem enjin, badan kenderaan, brek, meter laju dan gelincir sisi.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tayar ‘Sesat’ Tiba-tiba Bergolek Tengah Jalan, Ramai Risau Jika Boleh Jadi Penyebab Kemalangan
Baca Artikel Berkaitan: Keadaan Tayar Kenderaan Antara Punca Banyak Berlaku Kemalangan Jalan Raya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Staf PUSPAKOM Ditampar, Didakwa Bengang Lori Tak Lulus Pemeriksaan


