Treler, kayu balak terbakar

5 Mar 2025 • 12:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Sebuah lori treler yang membawa muatan kayu balak terbabit dalam kebakaran berhampiran Kg Serudong, Jalan Kalabakan-Tawau, pada petang Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan aduan berhubung kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Tawau (BBPT) pada jam 2.53 petang.

Pasukan bomba yang diketuai PBKII Sulaiman Salleh bersama empat anggota bergegas ke tempat kejadian yang terletak 133 kilometer dari BBPT dan tiba pada jam 4.23 petang.

Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati lori treler dan muatan kayu balak sudah terbakar kira-kira 70 peratus.

Malah, kebakaran juga sudah dipadamkan oleh pemilik lori treler terlibat dengan menggunakan alat pemadam api sebelum pasukan bomba tiba di lokasi itu.

Berikutan itu, pasukan bomba menjalankan langkah kawalan kebakaran, termasuk menjalankan pemeriksaan susulan sebelum menamatkan operasi pada jam 4.47 petang.

Pada masa sama, mereka juga menjalankan pengawasan dan pemerhatian di sekeliling kawasan untuk memastikan semua ancaman atau risiko bahaya berkaitan diatasi sepenuhnya.

JBPM juga mengesahkan pemandu lori itu tidak cedera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved