Trak Pun Tak Muat, Penduduk Digemparkan Dengan Penemuan Buaya Gergasi

Environment
20 Aug 2023 • 7:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Penduduk Digemparkan Dengan Penemuan Buaya Gergasi

Binatang yang berada dekat dengan manusia, mempunyai saiz yang tidak kurang besar seperti saiz tubuh badannya.

Kebiasaannya, banyak haiwan yang mempunyai tubuh yang kecil seperti kucing, ikan, anjing, arnab dan sebagainya. Namun haiwan tersebut juga ada yang bersaiz besar mengikut bakanya.

Bagaimanapun, baru-baru ini, penduduk di Sarawak dikejutkan dengan penemuan seekor buaya gergasi di kawasan Kampung Bertong, Matu, lapor Borneo Network.

Difahamkan, buaya gergasi itu didakwa dijumpai kira-kira 5.12 petang oleh penduduk pada petang Sabtu.

image is not available
Kredit: Borneo Network

Penduduk yang berada di kawasan itu dengan berani menangkap reptilia ganas tersebut dan menariknya ke kawasan daratan berhampiran sungai.

Mereka kemudiannya mengikat buaya gergasi itu supaya reptilia berkenaan tidak melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri penduduk.

Buaya tersebut juga difahamkan telah diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, panjang dan berat buaya itu masih belum dikenal pasti.

Bagaimana buaya dinamakan

Menerusi perkongsian @datukhensem di Twitter, ia menunjukkan satu rakaman di mana buaya tersebut telah ditarik diletakkan ke dalam trak.

Penduduk di kawasan itu kemudiannya menyaksikan buaya gergasi itu diangkat ke dalam trak selepas mulut dan badannya diikat.

Terkejut dengan penemuan tersebut, penduduk sekitar mula mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam situasi yang jarang berlaku itu.

Memunggah di bahagian komen, pemilik akaun itu menerangkan mengenai bagaimana buaya tersebut diberikan nama.

Persoalan itu timbul selepas seorang warga maya bertindak untuk menyuarakan perkara yang menjadi tanda tanya dalam hidupnya.

image is not available
Kredit: @datukhensem/Twitter

“Maaf, mungkin soalan ini kurang cerdik, tetapi adakah orang Sarawak memberi nama peribadi kepada mereka (buaya)? Dan bagaimana buaya dinamakan?” tanya warga maya itu.

Kemudian pemilik itu menjawab dengan mengatakan nama buaya itu diberikan oleh penduduk yang menemuinya di kawasan mereka.

“Kebiasaannya penduduk kampung akan memberikan nama panggilan kepada buaya di sekitar kawasan mereka.

“Sebagai contoh untuk buaya jantan, Bujang Senang, Bujang Gendut, Bujang Samarahan dan betina pula Dayang Zubaidah dan sebagainya,” jawabnya.

Sumber: Borneo Network, @datukhensem/Twitter