
CIMB Bank mengumumkan bahawa bermula 19 September 2026, semua transaksi melalui CIMB Clicks Web dan laman web peniaga akan memerlukan pengesahan tambahan menggunakan SecureTAC.

Dalam kenyataan rasmi, CIMB menjelaskan bahawa pelanggan perlu mengesahkan setiap transaksi melalui aplikasi CIMB OCTO sama ada menggunakan biometrik (Face ID atau cap jari) atau kod laluan peranti (passcode/device code) yang ditetapkan pada telefon. Dengan pelaksanaan ini, kata laluan (password) tidak lagi diterima sebagai kaedah pengesahan transaksi dalam talian ini.
Bank menegaskan bahawa pelanggan yang tidak mengaktifkan mana-mana kaedah pengesahan akan menerima mesej ralat dan perlu menetapkannya terlebih dahulu sebelum mencuba semula transaksi. Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan yang lebih terjamin, dengan setiap transaksi disahkan sendiri oleh pengguna melalui aplikasi CIMB OCTO.



