Transcend: Harga Cip NAND Meningkat Dua Kali Ganda, Stok Jualan Sukar Untuk Diperbaharui

TechnologyBusiness & Finance
9 Dec 2025 • 11:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa permintaan komponen memori dari sektor AI telah menyebabkan harga memori DDR5 untuk meningkat dengan sangat mendadak sekali, malah syarikat pengeluar Micron juga akan menutup jenama memori pengguna Crucial menjelang Februari 2026 untuk memfokuskan kepada pengeluaran komponen tersebut untuk sektor pusat data dan AI.

Terkini, Transcend, sebuah jenama peranti dan aksesori storan telah mengatakan bahawa syarikat tersebut juga berhadapan masalah untuk mendapatkan komponen cip NAND dari syarikat pengeluar seperti Samsung dan SanDisk yang diperlukan untuk perkakasan seperti kad SD, storan SSD dan juga aksesori pendrive kerana syarikat-syarikat tersebut akan menjual komponen tersebut kepada pembida tertinggi, yang secara lazimnya ialah syarikat pembangun komponen pusat data dan AI.

image is not available

Malah, kos pembelian komponen-komponen storan NAND tersebut telah naik sebanyak 50-100 peratus dalam tempoh beberapa minggu lalu, dan ini dijangka akan menyebabkan harga jualan storan flash meningkat hampir sama seperti apa yang sedang berlaku dengan memori RAM kelak.

Malah, bekalan untuk komponen dan aksesori storan dari Transcend juga dikatakan akan berkurangan untuk 3 ke 5 bulan akan datang kerana isu bekalan tersebut. Menurut laporan Digitimes, Transcend tidak menerima bekalan cip NAND baru sejak Oktober 2025, dan ia tidak diketahui lagi bilakah mereka akan menerima bekalan baru.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved