Transformasi AI perlu hasilkan nilai bermakna kepada ekonomi

TechnologyBusiness & Finance
10 Sep 2026 • 5:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Transformasi AI perlu hasilkan nilai bermakna kepada ekonomi

KUALA LUMPUR – Transformasi kecerdasan buatan (AI) perlu melangkaui penggunaan teknologi semata-mata dan mampu menghasilkan nilai bermakna kepada perusahaan, pekerja, pengguna dan masyarakat.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, transformasi digital sebelum ini lebih tertumpu kepada usaha membawa perniagaan ke dalam talian, manakala era AI kini mengubah cara perniagaan beroperasi dengan menjadikannya lebih pintar dan produktif.

“Selama bertahun-tahun, transformasi digital adalah mengenai membawa perniagaan ke dalam talian. Hari ini, transformasi AI adalah mengenai menjadikan perniagaan lebih pintar,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup M360 ASEAN 2026, di sini, hari ini.

Beliau berkata, persoalan ketika ini bukan lagi sama ada AI akan mengubah ekonomi negara, sebaliknya bagaimana Malaysia mahu membentuk transformasi tersebut.

“Persoalan yang lebih penting ialah apakah bentuk transformasi yang ingin kita wujudkan. Malaysia percaya transformasi itu perlu bersifat inovatif, inklusif, selamat dan dipercayai, serta meletakkan manusia sebagai terasnya,” katanya.

Teo berkata, pendekatan berpusatkan manusia penting bagi memastikan perkembangan AI tidak hanya meningkatkan kecekapan dan produktiviti, malah memberi manfaat secara meluas kepada masyarakat.

Dalam masa sama, katanya, kerjasama serantau juga penting bagi memastikan pembangunan AI di ASEAN berlaku secara bertanggungjawab, selamat dan saling beroperasi. – KOSMO! ONLINE

The post Transformasi AI perlu hasilkan nilai bermakna kepada ekonomi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved