Treler alami masalah brek, dua pemandu berdepan detik cemas

LocalCars
6 Mar 2025 • 5:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar menerusi rakaman video yang dikongsi di laman Facebook MySelangor memaparkan kejadian sebuah treler yang mengalami masalah brek dan mengundur secara tiba-tiba dalam kejadian di KM 1 jalan naik arah Genting Highlands dan di KM 40.85 arah timur dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi, pada Khamis.

BENTONG - Seorang pemandu treler berdepan detik cemas apabila kenderaannya mengalami masalah brek sebelum mengundur secara tiba-tiba di Kilometer (KM) 1 jalan naik arah Genting Highlands, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, bagaimanapun kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu tidak melibatkan kenderaan lain.

Menurutnya, ketika kejadian treler terbabit yang membawa muatan simen dari Batu Gajah ke Genting Highlands.

"Pemandu iaitu lelaki tempatan berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 17 LN166/59," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Zaiham memberitahu sebuah treler turut mengalami masalah sama di KM 40.85 arah timur dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi.

Ujarnya, kejadian kira-kira jam 2.35 petang itu menyebabkan kenderaan terbabit terundur ke belakang dan melintang di atas jalan.

"Kesemua lorong terhalang dan tidak libatkan kenderaan lain dan tiada sebarang kecederaan.

"Laluan dibuka sepenuhnya jam 3.15 petang," tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved