Treler muatan sawit terkandas tak lepas daki bukit

7 Jan 2025 • 8:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Treler gagal mendaki bukit di tempat kejadian. Foto ihsan PDRM

image is not available
Keadaan lori yang melintang dan terkandas di lokasi kejadian. Foto ihsan PDRM

image is not available
Laluan trafik kembali biasa selepas treler terbabit berjaya dialihkan. Foto ihsan PDRM

JERANTUT - Pengguna di Jalan Jerantut- Kuala Tembeling dekat Bukit Mentimun di sini terjejas gara-gara sebuah treler membawa muatan tandan sawit gagal mendaki bukit pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, treler yang dipandu lelaki berusia 31 tahun kemudiannya berjaya dialihkan pada jam 10 pagi.

"Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu tidak membabitkan sebarang nyawa.

"Pihak polis telah membuat kawalan lalu lintas sementara menunggu trak tunda datang bagi mengalihkan kenderaan tersebut.

"Aliran trafik kembali biasa selepas treler itu dapat dialihkan dari lokasi kejadian," katanya.