Tren KTM bertukar meriah! Flashmob Desa Kirana buat penumpang teruja

31 Aug 2026 • 8:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suasana di Stesen KTMB Kuala Lumpur bertukar meriah menerusi persembahan flashmob yang mencuri perhatian para penumpang, sekali gus memperkenalkan Desa Kirana, inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang mengetengahkan 25 destinasi pelancongan desa di seluruh negara, bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). 

Persembahan tersebut dimulakan dengan beberapa penumpang membawa placard promosi Desa Kirana sebelum diteruskan sepanjang perjalanan tren dari Stesen KTMB Kuala Lumpur ke Tanjung Malim.

Image from: Tren KTM bertukar meriah! Flashmob Desa Kirana buat penumpang teruja

Bukan sekadar flashmob biasa

Menariknya, flashmob tersebut bukan sekadar menampilkan tarian dan muzik, malah mengetengahkan kepelbagaian budaya sebagai simbol perpaduan masyarakat Malaysia, selari dengan identiti Desa Kirana yang mengangkat warisan, budaya serta kehidupan desa.

Suasana dalam tren semakin meriah apabila lagu tradisi ‘Can Mali Can’ dan ‘Joget Malaysia’ dinyanyikan Wany Hasrita bersama pemuzik dan diiringi penari, sekali gus mendapat perhatian penumpang yang berada di dalam tren.

Image from: Tren KTM bertukar meriah! Flashmob Desa Kirana buat penumpang teruja

Perjalanan sambil memperkenalkan pelancongan desa

Pemilihan perkhidmatan KTM sebagai lokasi flashmob dilihat strategik kerana laluan tren berkenaan menghubungkan bandar-bandar utama dengan kawasan yang turut merangkumi beberapa lokasi Desa Kirana.

Penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut pula terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelancong domestik, sekali gus menjadikan perjalanan berkenaan ruang menarik untuk memperkenalkan pelancongan desa kepada bakal pengunjung.

Image from: Tren KTM bertukar meriah! Flashmob Desa Kirana buat penumpang teruja

Apa itu Desa Kirana?

Bagi yang masih belum mengenali Desa Kirana, inisiatif tersebut diperkenalkan KKDW pada 2025 bagi memugar pelancongan desa sedia ada agar pelancongan desa menjadi lebih mampan, inklusif dan mempunyai nilai tambah yang tinggi..

Program itu memberi penekanan kepada lima elemen utama iaitu warisan dan kebudayaan, tarikan alam semula jadi, gastronomi tempatan, produk tradisional serta pengalaman kehidupan desa.

Antara lokasi Desa Kirana yang dikenal pasti ialah Kampung FELCRA Lubuk Sireh di Perlis; Kampung Sedim, Kampung Pulau Tuba dan Kampung Labuh Banting di Kedah; Kampung Sungai Betul, Kampung Orang Asli Beswok, Kampung Orang Asli Lata Kinjang, Kampung Beng, Kampung Tawai dan Kampung Pahat di Perak; serta Kampung Batu 23 Sungai Nibong di Selangor.

Turut tersenarai ialah Kampung Lonek dan Kampung Bayai Baru di Negeri Sembilan; Kampung Bukit Larang di Melaka; Kampung Pulau Tanjung Surat dan Tanjung Balau di Johor; Kampung Peruas di Pahang; Kampung Pasir Raja, Tasik Kenyir dan Kampung Pulau Manis di Terengganu; Kampung Jelawang di Kelantan; Kampung Sarayo Kauluan di Sabah; serta Kampung Mongkos, Kampung Merembeh dan Kampung Empilar Hilir di Sarawak.

Image from: Tren KTM bertukar meriah! Flashmob Desa Kirana buat penumpang teruja

Menerusi Desa Kirana, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman autentik kehidupan desa Malaysia seperti menikmati pengalaman inap desa, menyertai aktiviti agropelancongan dan ekopelancongan, menyusuri sungai, mendaki bukit atau gunung, mempelajari makanan tradisional, menghasilkan kraftangan serta menyelami budaya masyarakat setempat.

Dengan persembahan kreatif yang mencuri perhatian penumpang serta kandungan digital yang dihasilkan, flashmob itu diharap dapat mencetuskan rasa ingin tahu orang ramai untuk mengenali Desa Kirana dengan lebih dekat.

Image from: Tren KTM bertukar meriah! Flashmob Desa Kirana buat penumpang teruja

Lebih daripada sekadar memperkenalkan nama, pendekatan itu membawa mesej bahawa desa Malaysia mempunyai pelbagai pengalaman autentik untuk diterokai, sekali gus menjadikan Desa Kirana sebagai antara inisiatif KKDW dalam memperkukuh pelancongan luar bandar menjelang TMM 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved