Baucar RM100,000 meriahkan Laman Usahawan Desa di MAHA 2026

LocalSales & Promo
31 Aug 2026 • 2:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Baucar RM100,000 meriahkan Laman Usahawan Desa di MAHA 2026

PETALING JAYA – Pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 berpeluang menikmati baucar penggalak jualan bernilai keseluruhan RM100,000 secara percuma di Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026.

Inisiatif itu merupakan antara usaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi memeriahkan jualan selain memperkasa usahawan desa yang menyertai pameran berkenaan.

KKDW berkata, sebanyak 10 agensi di bawah kementeriannya terlibat pada MAHA 2026 ini menerusi konsep Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026.

“Antara agensi terbabit ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), FELCRA Berhad dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Turut serta ialah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, penyertaan itu bertujuan memperluas akses pasaran kepada usahawan desa selain membuka peluang membina kerjasama strategik serta meningkatkan jaringan perniagaan dengan pelbagai kluster industri dan agensi pemasaran.

“Laman Usahawan Desa turut menawarkan pelbagai aktiviti termasuk jualan usahawan, pameran agensi, pameran Desa Kirana, persembahan kebudayaan serta perkampungan dan persembahan tarian Orang Asli.

“Pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan TVET seperti gunting rambut, spa dan hiasan kuku selain menikmati hidangan menerusi segmen Masakan Dapur Panas,” katanya.

Selain itu, bagi kanak-kanak pula, kawasan Kids Area menyediakan aktiviti seperti permainan dron, RC Excavator, persembahan badut dan silap mata.

“Laman Usahawan Desa kali ini turut menampilkan RBC Kafe yang disertai pemenang-pemenang program RBC terdahulu dengan menawarkan pelbagai makanan dan minuman kepada pengunjung.

“Kehadiran RBC Kafe dijangka membantu usahawan memperluas akses pasaran, meningkatkan jualan dan jaringan perniagaan, sekali gus mengembangkan perniagaan usahawan desa khususnya peserta RBC,” katanya.

Jelasnya, penganjuran kali ini turut menyasarkan nilai potensi jualan langsung sebanyak RM58 juta serta nilai memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) berjumlah RM8 bilion. – KOSMO! ONLINE

The post Baucar RM100,000 meriahkan Laman Usahawan Desa di MAHA 2026 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved