Platform MAHA 2026 bantu memperkasa usahawan desa

LocalBusiness & Finance
31 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PETALING JAYA: Kesemua 10 agensi di bawah naungan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut serta dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang sehingga 6 September ini.

KKDW dalam satu kenyataan berkata, penyertaan dalam MAHA 2026 merupakan inisiatif KKDW untuk memperkasa usahawan desa melalui program pemasaran dan sokongan keusahawanan.

“Langkah ini bukan sahaja meluaskan akses pasaran, malah memberi peluang kepada usahawan untuk membina kerjasama strategik dan meningkatkan jaringan perniagaan bersama pelbagai kluster industri serta agensi pemasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua agensi di bawah KKDW yang terlibat adalah Majlis Amanah Rakyat (Mara); Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda); Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Felcra Berhad; Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Turut serta adalah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda); Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah); Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar); Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda); Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora).

Perasmian Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026 disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Secara keseluruhannya, MAHA 206 menyasarkan penyertaan lebih 2,000 pempamer, empat juta pengunjung dan sasaran nilai potensi jualan langsung berjumlah RM58 juta serta RM8 bilion nilai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) sepanjang tempoh pelaksanaan program berlangsung.

Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026 kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk Jualan Usahawan; Pameran Agensi; Pameran Desa Kirana; Persembahan Kebudayaan; Perkampungan dan Persembahan Tarian Orang Asli; Jualan Bazar Felcra Berhad; Perkhidmatan TVET seperti gunting rambut, spa dan hiasan kuku; Masakan Dapur Panas; Poskad Jom Teroka Laman Usahawan Desa; Kids Area – Permainan Drone, RC Excavator, Persembahan Badut dan Silap Mata; Permainan Tradisional; dan Busker.

Selain itu, Laman Usahawan Desa pada kali ini juga membawakan RBC Kafe yang disertai oleh pemenang-pemenang RBC yang lalu dengan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman untuk dinikmati pengunjung MAHA 2026.

RBC Kafe ini juga dilihat dapat mencipta akses pasaran lebih luas, meningkatkan aktiviti jualan, melebarkan jaringan perniagaan, seterusnya berupaya mengembangkan perniagaan usahawan desa khususnya usahawan RBC.

Seperti program-program outreach keusahawanan yang dilaksanakan Bahagian Pembangunan Usahawan Desa sebelum ini, penyertaan KKDW di MAHA 2026 ini juga dimeriahkan lagi dengan penggunaan baucar penggalak jualan yang keseluruhannya bernilai RM100,000.00 untuk diberikan secara percuma kepada semua pengunjung di Laman Usahawan Desa bagi memeriahkan jualan usahawan KKDW. – UTUSAN

The post Platform MAHA 2026 bantu memperkasa usahawan desa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved