Trump Bakal Dedahkan Fail ‘Makhluk Asing’ Dan Hidupan Angkasa Lepas

WorldSpace
21 Feb 2026 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan hasrat untuk mendedahkan beberapa fail kerajaan yang berkaitan dengan fenomena makhluk asing dan hidupan angkasa lepas.

Beliau memaklumkan akan mengarahkan Setiausaha Pertahana untuk memulakan proses mengenal pasti serta membuka kepada umum dokumen berkaitan unidentified aerial phenomena (UAP), objek terbang tidak dikenal pasti (UFO) dan maklumat lain yang berkait dengan isu berkenaan.

Langkah itu didakwa dibuat susulan minat tinggi orang ramai terhadap perkara tersebut.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai skop sebenar pendedahan serta garis masa pelaksanaannya masih belum diperincikan.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana dokumen yang akan dide

 

dahkan atau sama ada ia melibatkan maklumat yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai rahsia.

image is not available

Artikel berkaitan: Obses Mahu Jadi Makhluk Asing, Lelaki Brazil Belanja Hampir RM200k

Artikel berkaitan: Avengers Melayu? Gelaran Pawang, Dukun & Bomoh Sebenarnya Tak Sama! Ia Berbeza Mengikut ‘Superpower’ Masing-masing

Isu kewujudan makhluk asing kembali hangat diperkatakan selepas bekas Presiden AS, Barack Obama, dalam satu sesi audio siar menyatakan secara sinis bahawa makhluk asing itu “nyata tetapi beliau belum pernah melihatnya”.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa secara statistik kemungkinan wujudnya kehidupan di luar bumi adalah tinggi, namun tiada bukti pernah ditemui sepanjang tempoh pentadbirannya bahawa bumi pernah dikunjungi makhluk angkasa.

image is not available
Gambar hiasan

Trump sebelum ini turut mendakwa bahawa Obama telah mendedahkan maklumat sulit, walaupun tidak menjelaskan secara terperinci jenis maklumat yang dimaksudkan.

Kenyataan terbaharu Trump itu dijangka terus mencetuskan perdebatan mengenai tahap ketelusan kerajaan AS berhubung isu fenomena udara tidak dikenali dan spekulasi kehidupan luar bumi.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.