Trump hadir Sidang Kemuncak Asean di KL

LocalPolitics
31 Jul 2025 • 12:32 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak Asean ke-17 di Kuala Lumpur pada Oktober ini.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam panggilan telefon dengan Trump pagi tadi.

“Saya ingin memaklumkan bahawa pada 6.50 pagi, saya berpeluang bercakap melalui telefon dengan Presiden Trump.

“Beliau menyatakan penghargaan kerana Malaysia telah memainkan peranan yang berkesan dan sebaiknya dalam menyelesaikan konflik Thailand dan Kemboja,” katanya.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio memberi bayangan bahawa Trump akan hadir pada Sidang Kemuncak Asean yang akan berlangsung pada Oktober.

Pada 10 Julai, Rubio yang berada di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) di bawah Kepengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025, memaklumkan bahawa pentadbiran Washington berusaha memuktamadkan tarikh sesuai bagi lawatan Trump ke Malaysia.

Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 juga dijadual berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Kali terakhir Presiden AS menghadiri sidang kemuncak berkenaan di Kuala Lumpur ialah pada November 2015 menerusi kehadiran bekas Presiden Barack Obama.- 31 Julai, 2025