
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata usahanya untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hamas tidak akan membawanya ke syurga.
Memetik Tribunnews, Trump berkata demikian semasa dalam penerbangan ke Israel pada Ahad lalu (12 Oktober) ketika wartawan Peter Doocy dari Fox News bertanya kepada dirinya sama ada usaha menamatkan perang di Gaza akan membantunya masuk syurga.
“Saya rasa tiada apa yang boleh membawa saya ke syurga. Saya rasa saya mungkin tidak menuju ke syurga. Saya mungkin sedang berada di syurga sekarang ketika kita terbang dengan Air Force One. Cuma saya tidak pasti saya akan dapat ke syurga, tetapi saya telah menjadikan hidup jauh lebih baik untuk ramai orang,” katanya dipetik Tribunnews.
Doocy bertanya sedemikian kerana Trump sebelum ini pernah menyatakan bahawa usahanya mendamaikan Ukraine dan Rusia mungkin membolehkannya masuk syurga.
@501awani Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata pada Ahad (12 Oktober) ketika berada di dalam pesawat Air Force One dalam perjalanan ke Israel berkata beliau tidak fikir dirinya akan “masuk syurga” walaupun telah merangka pelan damai untuk Gaza. Kenyataan itu menyusul ketika menjawab soalan daripada seorang wartawan yang merujuk kepada kenyataan Trump sebelum ini bahawa usaha mendamaikan Rusia dan Ukraine mungkin membolehkannya masuk ke syurga. #AWANInews
♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾
Trump bangga konon ada kemahiran rundingan, selesaikan isu peperangan
Trump kemudian berbangga dengan kemahiran rundingannya dan mendakwa pertempuran antara Israel dan Hamas akan menjadi ‘perang kelapan’ yang ‘telah diselesaikannya’.
Presiden AS itu turut mengeluh bahawa ‘jika pilihan raya presiden 2020 tidak dicurangi’ beliau mungkin masih berada di White House dan bukan diganti oleh Joe Biden.
Selain itu, Trump mendakwa beliau berjaya menghalang Presiden Rusia, Vladimir Putin, daripada menceroboh Ukraine pada tahun 2022.
“Kita mempunyai kerajaan yang tidak kompeten. Kita mempunyai presiden (Joe Biden) yang tidak kompeten. Dan disebabkan pilihan raya yang ada penipuan, berjuta-juta orang terkorban,” katanya mengenai pentadbiran Joe Biden dahulu, lapor The Independent.
Trump sekali lagi menyalahkan Biden dengan berkata, ‘Dan, untuk makluman, masalah Israel kini jauh lebih sukar diselesaikan kerana pentadbiran terdahulu’.
Trump ke Mesir tandatangan gencatan senjata Israel dan Hamas
Presiden AS itu melawat Israel dan berucap di Knesset (parlimen Israel) pada Isnin lalu (13 Oktober) sebelum meneruskan penerbangannya ke Mesir bagi menghadiri mesyuarat yang membincangkan gencatan senjata Gaza.
Trump bersama para pemimpin Mesir, Qatar, dan Turki menandatangani deklarasi di Sharm el-Sheikh, di Semenanjung Sinai, Mesir, yang menyokong gencatan senjata serta membuka jalan ke arah satu penyelesaian damai yang menyeluruh dan berkekalan.
Untuk info, fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara pejuang Hamas dan Israel berkuat kuasa pada Jumaat lalu (10 Oktober) menyaksikan rakyat Gaza yang sebelum ini terpaksa melarikan diri daripada peperangan mula pulang ke kediaman masing-masing.
Fasa pertama perjanjian tersebut turut menggariskan pembebasan dan pertukaran tahanan Palestin serta tebusan Israel selain tentera rejim zionis yang berada di sana perlu beredar.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Kereta Mewah Yang Disorok 2 Tahun Di Gaza Kembali Dikeluarkan [Video]
Source:

![Tular Dakwaan Kereta Mewah Yang Disorok 2 Tahun Di Gaza Kembali Dikeluarkan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![Kenapa Ada Ibu Mengandung Jadi Cepat Pelupa? Ini Sebabnya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
![“Tujuannya Nak Bantu Orang” – Pakar Hartanah Gesa Individu Tak Beli Rumah Kos Rendah Untuk Pelaburan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/property.jpeg)