Trump tidak boleh usir pelajar kritik Israel – Hakim

WorldPolitics
30 Aug 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump tidak boleh usir pelajar kritik Israel – Hakim

WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan di California memutuskan bahawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak boleh mengusir mana-mana pelajar warga asing semata-mata kerana mengkritik perang Israel di Gaza, sekali gus memberi kemenangan besar kepada akhbar Universiti Stanford, The Stanford Daily.

Menerusi keputusannya pada Jumaat, Hakim Noel Wise menegaskan tindakan kerajaan mengancam pengusiran atas alasan mengganggu ketenteraman kampus adalah tidak berpelembagaan.

Keputusan itu juga  menyokong laporan The Stanford Daily yang sebelum ini mendedahkan ketakutan dalam kalangan pelajar antarabangsa untuk menyuarakan pandangan mereka.

“Kebebasan bersuara hanyalah satu ilusi sekiranya kita hanya ‘bebas’ untuk menyuarakan pandangan yang memuji kerajaan dan pemimpinnya sahaja,” tulis hakim berkenaan.

Wise menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan kebebasan media merupakan asas kepada demokrasi berpanjangan di AS,

Keputusan ini pada asasnya menyokong dapatan hampir setahun lalu oleh seorang hakim mahkamah daerah AS di Boston.

Ketika itu hakim tersebut memutuskan bahawa pentadbiran Trump telah melanggar Perlembagaan apabila menyasarkan golongan bukan warganegara untuk diusir semata-mata kerana menyokong Palestin dan mengkritik Israel.

Ketua Penyunting The Stanford Daily, George Porteous menyambut baik keputusan itu.

Porteous  menyatakan menerusi hantaran di platform X: “Wartawan di bilik berita kami tidak sepatutnya rasa takut bahawa penulisan sesuatu berita akan mengakibatkan mereka diusir keluar dari negara ini. 

“Kemenangan hari ini bermakna mereka tidak perlu lagi berdepan dengan ketakutan itu,”  katanya. –  AGENSI

The post Trump tidak boleh usir pelajar kritik Israel – Hakim appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved