Tsar Samuel pulang ke tanah air selepas 1,000 tahun 

3 Oct 2026 • 10:44 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tsar Samuel pulang ke tanah air selepas 1,000 tahun 

SOFIA – Lebih 1,000 tahun selepas kematiannya, sisa jasad dipercayai Tsar Samuel yang merupakan pemerintah utama terakhir Empayar Bulgaria Pertama, kembali ke ‘tanah air’ hari ini.

Greece dan Bulgaria mencapai persetujuan penghantaran pulang tersebut minggu ini, dengan Perdana Menteri Bulgaria, Rumen Radev menyambut baik perjanjian itu sebagai ‘bersejarah’.

Sebagai balasan, Athens bakal menerima 48 barangan yang dirampas tentera Bulgaria dari gereja dan biara di utara Greece semasa Perang Dunia Pertama.

“Tsar Samuel menduduki tempat penting dalam sejarah kedua-dua negara di Bulgaria dan Macedonia Utara,” kata penyelidik kumpulan pemikir Carnegie, Dimitar Bechev kepada AFP.

Tsar Samuel yang memerintah dari tahun 997 hingga 1014, memimpin kempen ketenteraan menentang Empayar Byzantium bersama saudara-saudaranya, di mana salah seorang daripada mereka kemudiannya dihukum mati.

Byzantium kembali menguasai keadaan selepas tahun 1001, dan menewaskan tentera Tsar Samuel secara mutlak pada 1014. – AFP

The post Tsar Samuel pulang ke tanah air selepas 1,000 tahun  appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved