
SEREMBAN – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam perjalanan pulang ke tanah air dan dijangka tiba di Terminal Satu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 8.30 malam ini.
Perkara itu menjadi perhatian susulan penularan poster di media sosial yang meminta orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di tempat letak kenderaan tingkat lima, Terminal 1 KLIA.
Himpunan itu bertujuan menyambut ketibaan dan menzahirkan sokongan kepada Tuanku Muhriz.
Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan seperti yang diputuskan sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) dalam mesyuarat pada Selasa lalu. – KOSMO! ONLINE
The post Poster himpunan sambut Tuanku Muhriz tersebar appeared first on Kosmo Online.




.jpg)

