“Tu Ayat Pertama” – Asyraf Wajdi Tegur Soalan Caprice Kepada Calon BN DUN Larkin Tentang ‘Surah Pertama’ [Video]

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 12:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan penyanyi rap dan juga aktivis, Caprice ditegur kerana soalan yang diajukan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Caprice telah bertanya kepada Mohd Hairi, “Kita sebagai pemimpin Islam tuan, apakah surah pertama yang kita dapat sebagai orang Islam?”

Mohd Hairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, kemudiannya berkata, “Cap, kamu jangan koyak sangat.”

‘Iqra Surah Pertama Diturunkan Kepada Umat Islam’ – Caprice

Apabila ditanya dengan soalan sama berulang kali, Mohd Hairi dilihat terdiam dan enggan menjawabnya.

Jelas Caprice, dia sayangkan negeri Johor namun hanya mahu mendapatkan jawapan calon BN berkenaan mengenai surah yang terdapat dalam kitab suci al-Quran.

Caprice kemudiannya menjawab, “Iqra, Iqra. Tuan Iqra, bacalah (maksud Iqra).”

Netizen Berpandangan Soalan Ditanya Caprice Patut Dijawab Oleh Mohd Hairi

Video temu bual tersebut telah mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman Threads.

Ada yang berkata soalan yang ditanya oleh Caprice merupakan soalan asas yang perlu diketahui semua umat Islam dan sewajarnya boleh dijawab oleh Mohd Hairi.

“Untuk bukan Muslim, korang tak akan faham ni. Sebenarnya ni adalah pengetahuan asas. Jika benda kecil ni pun tak tahu, apa lagi yang lain? Rakyat Johor, jangan lah undi calon BN, depa semua hayun,” kata seorang netizen.

View on Threads

‘Iqra’ Bukan Surah Pertama Diturunkan Kepada Umat Islam – Dr Wajdi Dusuki

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, soalan yang dikemukan Caprice adalah salah dan tidak tepat.

Hal ini kerana ‘Iqra’ bukannya surah tetapi petikan dalam ayat pertama yang diwahyukan dan diturunkan kepada umat Islam.

“Soalan pun tak betul, mana ada surah pertama. Itu ayat pertama yang diturunkan,” tegur Dr Asyraf yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Mana Ada Bubar Parlimen, Belum”- Makcik BN Betulkan Soalan Caprice Raih Perhatian Ramai [Video]

Surah Pertama Diturunkan Adalah Al-Alaq Bukan ‘Iqra’

Untuk info, kalimah ‘Iqra’ merupakan antara petikan dalam surah pertama Al-Alaq.

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ

Maksudnya: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.”

Memetik bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri, lima ayat pertama dari surah Al-Alaq merupakan wahyu dan ayat suci Al-Quran yang pertama kali diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS.

Netizen Tak Setuju Caprice Persoal Bab Agama Demi Kepentingan Politik

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berkata Caprice tidak sepatutnya merendahkan orang lain apabila berkaitan dengan bab agama.

“Saya suka Caprice. Tiada benci. Tapi aku paling anti orang yang suka merendahkan orang lain bila bab agama. Bro, benda yang basic tu ajar isteri kau pakai tudung. Pedih ke tak pedih. Satu jari kita tunjuk orang, empat lagi akan berbalik ke kita. Sentiasa ingat tu,” kata seorang individu.

“Itulah, berpolitik kena matang. Dah 2026 kan? Rakyat sekarang makin bijak menilai,” tambah seorang netizen.

Netizen Sindir Soalan Tidak Tepat Yang Dilontarkan Caprice Kepada Calon BN

Malah ada yang menyindir soalan yang ditanyakan Caprice.

“Biasalah tu, pengaruh rakan sebaya Dr. Soalan pun tak betul. Lain la kalau tanya surah apa pertama dalam dalam al-Quran. Jawabnya, Al-Fatihah. Dan ayat wahyu pertama yang diturunkan jawapannya lima ayat surah Al-Alaq,” jelas seorang lelaki.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Tu Ayat Pertama” – Asyraf Wajdi Tegur Soalan Caprice Kepada Calon BN DUN Larkin Tentang ‘Surah Pertama’ [Video]
Image from: “Tu Ayat Pertama” – Asyraf Wajdi Tegur Soalan Caprice Kepada Calon BN DUN Larkin Tentang ‘Surah Pertama’ [Video]
Image from: “Tu Ayat Pertama” – Asyraf Wajdi Tegur Soalan Caprice Kepada Calon BN DUN Larkin Tentang ‘Surah Pertama’ [Video]
Image from: “Tu Ayat Pertama” – Asyraf Wajdi Tegur Soalan Caprice Kepada Calon BN DUN Larkin Tentang ‘Surah Pertama’ [Video]
Image from: “Tu Ayat Pertama” – Asyraf Wajdi Tegur Soalan Caprice Kepada Calon BN DUN Larkin Tentang ‘Surah Pertama’ [Video]
Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved