Papan iklan kempen calon PH DUN Kukup pula diconteng

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 8:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Papan iklan kempen calon PH DUN Kukup pula diconteng
Tangkap layar media sosial Chee Hong yang memaparkan papan iklan kempennya di conteng dengan ayat tidak senonoh.

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, Cheah Chee Hong melahirkan rasa kesal selepas sebuah papan iklan kempen miliknya dipercayai menjadi mangsa perbuatan khianat.

Beliau berkata, papan iklan besar yang terletak di Penerok, Kukup dekat Pontian itu diconteng dengan perkataan tidak sepatutnya.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku pada Isnin.

"Dalam sistem demokrasi, setiap individu berhak membuat pilihan. Kita boleh berbeza pandangan, menyokong parti yang berbeza dan bertanding di gelanggang politik yang sama. 

"Namun, rasa hormat antara satu sama lain tidak seharusnya hilang hanya kerana perbezaan tersebut.

"Marilah kita berkempen secara matang, berhemah dan harmoni. Biar rakyat menilai melalui idea, rekod dan tawaran kepada mereka, bukannya melalui vandalisme atau provokasi,"katanya dalam hantaran di media sosial pada Selasa.

Justeru, Chee Hong mengingatkan kepada para penyokong PH supaya tidak membalas perbuatan tersebut kerana khianat seumpama itu bukan cara mereka.

"Saya menyeru agar jangan sesekali membalas dengan merosakkan papan iklan, poster atau bahan kempen mana-mana pihak. Hormatilah hak semua calon untuk berkempen dengan aman.

"Pilihan raya akan berakhir, tetapi hubungan sesama masyarakat di Kukup akan kekal. Marilah kita sama-sama menjaga adab dan menunjukkan bahawa politik boleh berlangsung dengan penuh kematangan dan saling menghormati," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved