“Tu Rezeki..” – Minta Hormat Keputusan Pasangan Tak Nak Ada Anak Sebab Isu Kewangan, Tapi Dikecam Pula

Family & Parenting
30 Jun 2022 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dikurniakan cahaya mata apabila berkahwin itu merupakan impian buat setiap pasangan, tetapi untuk menjaga mereka bukanlah satu hal mudah. Dari segi kewangan juga perlu di fikirkan juga.

Seperti ciapan seorang lelaki di Twitter ini, dia ada memaklumkan menjaga anak itu tidak murah dan banyak duit yang perlu dikeluarkan.

Dalam pada itu, individu terbabit turut meminta orang ramai menghormati keputusan pasangan yang sudah berkahwin untuk tidak mempunyai cahaya mata lagi kerana barangkali memikirkan kewangan yang masih belum mencukupi.

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian ramai dan ramai juga yang bersetuju dengan pendapat lelaki terbabit, namun ada juga yang mempunyai pandangan berbeza.

Mereka yang mempunyai pandangan berbeza itu merasakan anak itu merupakan rezeki daripada Allah S.W.T dan mereka turut merasakan lelaki ini seakan-akan ingin berkata mempunyai anak itu adalah satu perkara yang susah.

image is not available

Malah, salah seorang yang menentang pendapat lelaki itu berkata dia akan berasa sedih apabila tidak mempunyai anak ramai semasa hari tuanya nanti kerana tiada siapa akan kisahkan tentang dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

"Tak Mungkin Saya Suruh Dia Berlakon Macam Tu" - Bekas PA Mak Wan Nak Dedah Lebih Banyak Bukti Pada Polis