Tuah Ikan Keli 9.5Kg! Pemancing Terengganu Menang RM1 Juta

28 Apr 2026 • 12:37 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Tuah Ikan Keli 9.5Kg! Pemancing Terengganu Menang RM1 Juta

ALOR SETAR – Tuah menyebelahi seorang pemancing dari Terengganu apabila berjaya membawa pulang hadiah utama RM1 juta selepas menaikkan ikan keli seberat 9.5 kilogram dalam pertandingan memancing di Kolam Titi Mega, Jalan Datuk Kumbar, di sini semalam.

Mohamad Azhar Hamzah muncul juara sekali gus menewaskan kira-kira 15,000 peserta dari seluruh negara yang menyertai pertandingan berkenaan.

15,000 Peserta, Suasana Gamat

Kejohanan itu menyaksikan suasana cukup meriah dengan sorakan dan debaran sepanjang pertandingan berlangsung apabila ribuan kaki pancing berhimpun untuk mencuba nasib memburu hadiah lumayan.

Lebih menarik, Terengganu turut menguasai dua kedudukan teratas apabila tempat kedua dimenangi peserta dari negeri itu yang membawa pulang RM100,000 hasil tangkapan ikan seberat kira-kira 8.5 kilogram.

Tempat ketiga pula menjadi milik peserta dari Selangor dengan hadiah RM50,000 selepas berjaya menaikkan ikan seberat sekitar 8 kilogram.

Yuran RM220, Hadiah Hingga Tempat Ke-700

Difahamkan, setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM220.

Dalam pada itu, penganjur turut menyediakan hadiah saguhati bernilai RM500 dan RM440 sehingga tempat ke-700, menjadikan pertandingan tersebut antara yang paling dinanti-nantikan dan terus menjadi buruan pemancing dari seluruh negara. – The Malaysian Update

The post Tuah Ikan Keli 9.5Kg! Pemancing Terengganu Menang RM1 Juta appeared first on The Malaysian Update.