‘Tuaian’ lumayan untuk penduduk Paitan tahun ini

13 May 2024 • 3:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

PAITAN: Sambutan Pesta Kaamatan tahun ini memberi makna yang besar kepada penduduk di daerah ini terutama dari segi ‘tuaian’ yang lumayan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib.

“Sememangnya Pesta Kaamatan merupakan salah satu peluang terbaik untuk kita berdamai dan bermaaf-maafan sesama masyarakat, seterusnya mensyukuri hasil tuaian serta keamanan dan kemakmuran yang kita semua nikmati hari ini.

“Dalam konteks kesyukuran dan menghargai, sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini pastinya amat bermakna buat seluruh warga Paitan apabila hasil titik peluh dan usaha kita selama ini dalam membawa perubahan kepada daerah kecil Paitan akhirnya membuahkan hasil,” katanya.

Menurut James, masyarakat di sini bersyukur dengan pengiktirafan Mukim Paitan sebagai Daerah Penuh, selain kelulusan pembinaan Dewan Serbaguna Paitan bernilai RM2 juta.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Selain itu, katanya pembangunan lain termasuk projek yang memberi impak besar kepada penduduk Paitan seperti Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sugut, Projek Jalan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Tabatu, untuk jarak jauh sepanjang 5.6 kilometer, dan pembinaan Pencawang Input Utama (PMU) 132 kilovolt elektrik dari Bengkoka, Pitas ke Sugut.

Tambahnya, dengan menaik taraf Paitan kepada Daerah Penuh, kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik di sini akan terus diperkukuh dan menjadi keutamaan.

Selain itu, katanya, inisiatif di bawah program ‘Prihatin Rakyat Paitan’ iaitu bantuan membiayai bil pesakit di wad hospital bagi warga Paitan yang diperkenalkan dan dilaksanakannya tahun lalu, akan diteruskan tahun ini.

Katanya, Program Prihatin Rakyat turut dilengkapkan dengan pelaksanaan program pemeriksaan kesihatan percuma dan Skim Insurans Kemalangan Rakyat untuk Rakyat Sabah.

James yang juga Adun N48 Sugut berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Paitan yang diadakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kecil Paitan pada Sabtu.

Mengenai sambutan Pesta Kaamatan, James berasa kagum dan gembira melihat kehadiran orang ramai pada majlis yang disifatkannya sebagai sambutan yang besar dan meriah.

“Jadikan ini sebagai wadah untuk terus mengukuhkan dan mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin antara masyarakat berbilang kaum, agama, perbezaan fahaman politik dan juga peringkat umur di Mukim Paitan.

“Jadikan sambutan Pesta Kaamatan ini sebagai titik permulaan untuk kita melonjakkan tahap ekonomi diri, keluarga dan masyarakat, demi menjamin masa depan yang lebih baik, selari dengan peningkatan taraf bagi seluruh daerah, tidak lama lagi,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.