Tuan Rumah Terkejut Tengok Penyewa Bela Ayam Dalam Rumah Flat

Entertainment
4 Jan 2025 • 11:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pemilik rumah di Shanghai, China terkejut apabila melihat rumah miliknya yang disewakan kepada seorang penyewa telah bertukar menjadi seperti reban ayam.

Memetik laporan South China Morning Post, tuan rumah itu mengatakan dia telah hampir dua tahun tidak datang ke rumah yang disewakannya itu.

Baru-baru ini, setelah lama tidak menjenguk keadaan rumah sewa itu, pemilik rumah berkenaan akhirnya berbuat demikian.

Namun, dia terkejut apabila melihat terdapat lebih kurang 12 ekor ayam dipelihara di dalam rumah flat miliknya itu.

Ini kerana penyewanya telah memelihara ayam-ayam itu dalam dalam rumah berkenaan dan rumah itu dipenuhi dengan beberapa buah reban serta anak ayam.

image is not available

Menurutnya, bahagian dalam rumah itu berbau busuk manakala lantai dan dinding rumah pula telah rosak.

Kisah ini telah dikongsikan menerusi platform media sosial di China baru-baru ini dan ia telah menjadi tular dan mendapat perhatian daripada warganet negara itu.

image is not available

Menurut perkongsian pemilik rumah itu lagi, kos yang diperlukan untuknya membaiki rumah itu adalah lebih tinggi daripada jumlah sewa yang diperolehinya daripada penyewa tersebut selama hampir dua tahun.

Difahamkan, penyewa itu tinggal di dalam bilik di rumah tersebut. Walau bagaimanapun, maklumat peribadi dan identiti penyewa itu tidak didedahkan.

Jiran-jiran berdekatan rumah itu juga mendakwa mereka sering terhidu bau busuk dari rumah itu dan apabila mereka mengadu kepada penyewa itu, penyewa itu hanya menutup setiap tingkap dan pintu rumah agar bau tersebut tidak keluar dari situ.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.