Tuanku Muhriz Ingatkan Exco Negeri Sembilan Jangan Salah Guna Kuasa

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 2:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tuanku Muhriz Ingatkan Exco Negeri Sembilan Jangan Salah Guna Kuasa

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan hari ini (7 Ogos) mencatat detik bersejarah menyaksikan gabungan pertama kali bagi dua blok politik, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti sebentar tadi.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.

Baca Artikel Berkaitan: Ismail Lasim Dilantik MB Negeri Sembilan Ke-12

Tuanku Muhriz Ingatkan Exco N9 Jalankan Tanggungjawab Dengan Jujur, Elak Salah Guna Kuasa

Semasa majlis istiadat ini berlangsung, Tuanku Muhriz telah bertitah mengingatkan barisan Exco Negeri Sembilan yang baharu supaya menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan jujur, adil serta profesional selain tampil sebagai pemimpin yang berpendirian tinggi.

“Seperti yang pernah beta titahkan dahulu, negara amat memerlukan pemimpin yang berpendirian tinggi atau dalam Bahasa Inggeris, ‘persons of honour’.

“Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang ada akan menjurus kepada ketidakadilan serta kerapuhan pelaksanaan sesuatu dasar yang telah dirangka untuk kebaikan rakyat,” titah baginda, lapor Sinar Harian.

Baginda turut bertitah, kejayaan kerajaan perlu dinilai bukan sahaja berdasarkan perancangan yang baik tetapi sejauh mana pelaksanaanya mampu memberi kebaikan serta manfaat kepada rakyat.

‘N9 Catat Rekod Pelaburan Tinggi, Pencapaian Ini Hendaklah Dipertahankan’ – Tuanku Muhriz

Dalam masa sama, baginda turut berpesan dan berharap pentadbiran baharu ini mampu mengekalkan pencapaian cemerlang kerajaan negeri dahulu terutamanya dalam aspek pelaburan yang berkualiti.

“Negeri Sembilan telah mencatatkan rekod pelaburan yang tinggi serta peningkatan hasil negeri yang amat membanggakan. Pencapaian ini hendaklah dipertahankan, diperkukuhkan dan terus dipertingkatkan agar manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan.

“Pada masa yang sama, segala kelemahan yang masih wujud hendaklah dikenal pasti dan ditambah baik secara berterusan bagi memastikan pentadbiran negeri sentiasa berada pada tahap yang cemerlang, berintegriti dan berkesan,” titah Tuanku Muhriz.

10 Exco Negeri Sembilan Penggal Baharu

Berikut kami senaraikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan portfolio masing-masing:

Datuk Ismail Lasim (ADUN Juasseh/BN): Exco Hal Ehwal Agama Islam & Keselamatan, Exco Kewangan, Tanah & Sumber Asli, Exco Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti, Komunikasi dan Felda

  1. Datuk Mohd. Faizal Ramli (ADUN Linggi/BN): Exco Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah
  2. Datuk Zaifulbahri Idris (ADUN Chembong/BN): Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan
  3. Datuk Mustapha Nagoor (ADUN Palong/BN): Exco Pembangunan Belia dan Sukan
  4. Siow Kong Choon (ADUN Chennah/BN): Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam
  5. Siti Nur Umaira Hasim (ADUN Labu/BN): Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  6. Datuk Mohd Asna Amin (ADUN Lenggeng/BN): Exco Perindustrian, Teknologi, Inovasi dan Digital
  7. Datuk Mohd Razi Mohd Ali (ADUN Sungai Lui/BN): Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup
  8. Suhaimizan Bizar (ADUN Gemencheh/BN): Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO
  9. Mohd Fairuz Mohd Isa (ADUN Serting/PN): Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan
  10. Datuk Razali Abu Samah (ADUN Sikamat/PN): Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan

Untuk info, Exco Negeri Sembilan bagi penggal baharu ini menyaksikan lapan ADUN baharu manakala dua ADUN iaitu dari Linggi, Mohd Faizal dan Palong, Mustapha Nagoor dikekalkan.

Baca Artikel Berkaitan: “Tatacara Pelantikan MB Diikuti Dengan Betul”- Menteri Besar Negeri Sembilan

Baca Artikel Berkaitan: [Rasmi] PRN N9: BN-PN Menang Dua Pertiga Kerusi DUN, Bakal Bentuk Kerajaan Negeri

Baca Artikel Berkaitan: Senarai Penuh Keputusan PRN Negeri Sembilan 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved