Tuanku Muhriz kembali malam ini, cari penyelesaian kemelut negeri

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 9:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tuanku Muhriz kembali malam ini, cari penyelesaian kemelut negeri

SEPANG: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijangka pulang ke Negeri Sembilan malam ini bagi mencari penyelesaian kemelut yang berlaku di negeri itu mengikut undang-undang.

Perkara itu disahkan Pengerusi Sekretariat Taat Setia Sokongan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin.

Megat D Shariman memaklumkan, Tuanku Muhriz dijangka tiba sekitar pukul 9.50 malam.

Menurutnya, Tuanku Muhriz ialah pemerintah yang sangat dekat dengan rakyat dan baginda mahu memastikan kemelut diselesaikan dengan baik dan berdasarkan undang-undang yang ada.

“Tuanku Muhriz tidak mahu apa-apa berlaku. Baginda pulang malam ini untuk melihat dan menyesuaikan masalah yang berlaku.

“Apa yang dibuat oleh kesemua Exco ini adalah tidak bertanggungjawab dan saya rasa sebagai seorang Tuanku yang sangat rapat dan berjiwa rakyat memang ingin menyesuaikan kemelut ini dengan baik dan mengikut undang-undang yang ada,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Image from: Tuanku Muhriz kembali malam ini, cari penyelesaian kemelut negeri

Mengulas lanjut, Megat D Sahriman berkata, semua pihak perlu menghormati proses undang-undang dan menunggu proses mahkamah.

Menurutnya, tindakan beberapa pihak mencetuskan kemelut ini boleh disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab justeru, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati penyokong adat Negeri Sembilan mula berkumpul di hadapan Bilik Khas KLIA bagi menanti kepulangan Tuanku Muhriz.

Lebih 30 pengamal media dari pelbagai agensi berita berkumpul di tingkat 5 KLIA sejak pukul 8 malam tadi bagi mengikuti perkembangan terkini isu adat Negeri Sembilan.

Difahamkan, Tuanku Muhriz dijangka tiba di KLIA sekitar pukul 9.50 malam ini namun, tiada maklumat sama ada penyokong ada majlis khas bagi meraikan kepulangan baginda.

Kemelut diraja Negeri Sembilan kembali hangat selepas Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Beliau dilaporkan berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September lalu.-UTUSAN

The post Tuanku Muhriz kembali malam ini, cari penyelesaian kemelut negeri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved