

Hyundai Motor Company (HMC) melakar satu lagi sejarah dengan menubuhkan rasmi Hyundai Motor Malaysia (HMY) sekali gus menandakan jenama ini mula mengendalikan operasi secara terus tanpa orang tengah.
Untuk itu, HMY akan memperkenalkan tiga model baharu yang terdiri daripada segmen SUV dan MPV dimana pengeluaran tempatan dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2025.
Hyundai juga merancang untuk menubuhkan operasi pemasangan tempatan di Kedah, Malaysia, bermula pada suku ketiga tahun 2025.
Kemudahan ini dijangka akan mengeluarkan sehingga tujuh (7) model kenderaan dalam tempoh lima tahun, sekali gus mengintegrasikan Malaysia ke dalam rangkaian pengeluaran global Hyundai.
Selaras dengan aspirasi negara ke arah kelestarian, peluasan operasi pembuatan Hyundai akanmemberi tumpuan pada peringkat awal kepada pemasangan tempatan bagi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV).
Ini termasuk pelbagai model SUV dan MPV yang direka khusus untuk memenuhi permintaan tinggi rakyat Malaysia terhadap kenderaan pelbagai guna berspesifikasi tinggi.
Dengan peningkatan kapasiti pengeluaran, kira-kira 30 peritus daripada kenderaan yang dipasang di Malaysia akan dieksport ke pasaran jiran.
Sementara itu, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen, ketika mengulas mengenai langkah pengembangan Hyundai ke pasaran Malaysia berkata, “Malaysia merupakan pasaran yang sangat berpotensi, ia mencatat permintaan tertinggi untuk kenderaan penumpang di ASEAN sebanyak 35%.
"Pertumbuhan KDNK yang stabil pada kadar 4.3% turut mencerminkan keyakinan pengguna yang tinggi serta peningkatan kuasa membeli.” Keadaan inilah yang akan memacu inovasi dan pelaburan jangka panjang. Melalui kerjasama dengan pihak berkepentingan tempatan, Malaysia menjadi lokasi ideal untuk memperluaskan kehadiran
Hyundai dan menubuhkan hab utama dalam strategi pengembangan Hyundai di rantau Asia Pasifik," katanya.
Difahamkan, Sime Motors akan terus menjadi rakan kongsi penting dalam usaha Hyundai melebarkan sayapnya Malaysia, sebagai sebahagian daripada rangkaian pengedarnya.


