Pesawat FA-50M dijangka tiba bulan ini

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 2:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pesawat FA-50M dijangka tiba bulan ini

KUALA LUMPUR – Pesawat tempur ringan FA-50M buatan Korea Aerospace Industries (KAI) yang ditempah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadualkan tiba di negara bulan ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tarikh ketibaan pesawat berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Jadualnya dalam bulan ini. Setakat ini, saya belum menerima apa-apa (maklumat terkini), insya-Allah, kalau antara bulan ini dengan bulan depan, kita akan maklumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027 di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Pada Mei 2023, Malaysia dan KAI menandatangani kontrak bernilai hampir RM4 bilion bagi perolehan 18 pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 yang kemudiannya dinamakan FA-50M.

Pesawat itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara menerusi pemodenan aset TUDM.

Varian FA-50M yang diperoleh Malaysia dilengkapi keupayaan lebih tinggi berbanding varian FA-50 yang digunakan Tentera Udara Republik Korea Selatan (ROKAF) dan beberapa negara lain, termasuk Thailand, Filipina serta Indonesia.

Pada Jun lalu, TUDM mengesahkan dua pesawat pejuang ringan FA-50M dijadualkan tiba di Malaysia pada Oktober, manakala baki pesawat akan diterima secara berperingkat sehingga Mac 2028. – KOSMO! ONLINE

The post Pesawat FA-50M dijangka tiba bulan ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved