TUDM sahkan insiden pesawat pejuang Hawk, juruterbang selamat tanpa kecederaan

LocalPolitics
6 May 2025 • 9:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bahagian Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia atau TUDM sahkan insiden kemalangan melibatkan pesawat pejuang Hawk telah berlaku di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 5.00 petang tadi.

TUDM sahkan insiden kira-kira 5.00 petang

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Tentera Udara Diraja Malaysia, pesawat tersebut sedang menjalani latihan “Opening Gambit” yang merupakan sebahagian daripada persiapan untuk acara pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25), apabila ia mengalami masalah pada “nose landing gear” semasa proses pendaratan.

TUDM sahkan insiden, pesawat alami kesukaran mendarat

Difahamkan, pesawat tersebut terpaksa menghadapi kesulitan semasa hendak mendarat kerana masalah mekanikal pada sistem roda depan.

Namun, TUDM menegaskan bahawa juruterbang pesawat tersebut berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

image is not available

Juruterbang berada dalam keaadaan selamat

Kecekapan juruterbang yang mengendalikan pesawat dalam keadaan kritikal ini jelas memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan diri dan pesawat.

TUDM turut memberi jaminan bahawa satu pasukan penyiasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat insiden ini dengan lebih terperinci.

image is not available

Kredit foto: FB TUDM

TUDM akan jalankan langkah2 penyiasatan

Punca kejadian akan dikenalpasti bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang pada masa depan.

TUDM sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan dan kecekapan operasi pesawat mereka, dan pihak berkuasa akan terus menjalankan langkah-langkah penyiasatan yang teliti untuk memastikan segala aspek keselamatan terjamin.

image is not available

Kredit foto: Bernama

Artikel lain: “Lambaian penuh makna…” – Ini kapsyen terakhir skuadron 503 hantar 2 pesawat ke Lumut

Buat masa ini, TUDM menegaskan bahawa tiada kecederaan atau kehilangan nyawa yang dilaporkan, dan operasi latihan serta pameran Langkawi 2025 dijangka akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sumber: Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia