Landasan LTSAH dibuka semula 8 malam tadi

6 May 2025 • 9:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah pesawat pejuang Hawk-208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang difahamkan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar di tarik keluar dari landasan. Foto Bernama

ALOR SETAR - Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), petang tadi telah dibuka semula pada jam 8 malam.

Pengurus LTSAH, Ikram Alif Mansoor berkata, landasan yang ditutup pada jam 5.30 petang itu dibuka semula selepas kerja-kerja pemindahan pesawat, pembersihan serta pemeriksaan terhadap landasan selesai dilaksanakan.

"Sebanyak empat penerbangan melibatkan ketibaan dan pelepasan yang tergendala akibat insiden itu telah disusun semula.

"Kita sedang menyusun jadual untuk semua penerbangan yang terlibat... ada juga penerbangan yang melibatkan jemaah haji, jadi kita akan cuba selesaikan malam ini juga," katanya kepada Bernama di lapangan terbang berkenaan malam ini.

Terdahulu, Malaysia Airports dalam satu kenyataan memaklumkan landasan LTSAH ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat milik TUDM pada 5 petang tadi.

Penutupan landasan itu bagi membolehkan kerja pemindahan pesawat berkenaan dan pembersihan landasan dijalankan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved