Landasan LTSAH Ditutup Sementara Akibat Insiden Pesawat

6 May 2025 • 7:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Landasan LTSAH Ditutup Sementara Akibat Insiden Pesawat

ALOR SETAR, 6 Mei (Bernama) — Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 5 petang tadi.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan landasan tersebut bagi membolehkan kerja pemindahan pesawat berkenaan dan pembersihan landasan dijalankan.

“Satu notis kepada juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan dijangka berlanjutan hingga 10.30 malam ini. Sepanjang tempoh ini, semua operasi penerbangan di LTSAH akan terjejas.

“Semua penumpang, termasuk jemaah yang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji, dinasihatkan untuk merujuk kepada syarikat penerbangan atau Lembaga Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka,” menurut kenyataan itu.

Pihak lapangan terbang akan mengeluarkan maklumat terkini sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Sumber: BERNAMA