TuJu permudah perjalanan dengan navigasi pintar

Technology
27 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: TuJu permudah perjalanan dengan navigasi pintar

SEIRING perkembangan teknologi, aplikasi navigasi kini menjadi sebahagian daripada kemudahan digital yang sering digunakan dalam kehidupan seharian, khususnya ketika memandu.

TuJu merupakan salah satu aplikasi navigasi yang direka untuk membantu pengguna mencari lokasi dan mendapatkan panduan perjalanan berdasarkan destinasi dituju.

Aplikasi itu boleh menjadi salah satu pilihan kepada pengguna yang memerlukan panduan arah ketika melakukan perjalanan, sama ada untuk urusan harian, bekerja, bercuti atau meneroka kawasan baharu.

Berbeza dengan aplikasi navigasi lain, TuJu membolehkan pemandu mengakses status trafik masa nyata yang sangat tepat serta melihat strim langsung menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya.

Ciri itu membolehkan pengguna menilai sendiri keadaan fizikal jalan raya, kesesakan atau kemalangan sebelum memulakan perjalanan terutama pada waktu puncak seperti musim cuti sekolah atau perayaan.

Tidak hanya membantu merancang perjalanan, aplikasi itu juga menyediakan pengiraan caj tol secara segera sepanjang laluan, sekali gus membolehkan pengguna merancang bajet perjalanan lebih awal.

Bagi melancarkan perjalanan jarak jauh, pengguna juga boleh memeriksa lokasi kawasan rehat dan rawat (R&R), termasuk direktori lengkap kemudahan seperti stesen minyak, surau, tempat makan dan ruang pengecas kenderaan elektrik (EV).

Image from: TuJu permudah perjalanan dengan navigasi pintar
APLIKASI TuJu dibangunkan oleh LLM dengan kerjasama syarikat tempatan.

Di samping itu, butang bantuan kecemasan (SOS) terbina di dalam aplikasi bagi membolehkan pemandu menghubungi talian kecemasan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pihak konsesi lebuh raya atau pihak insurans dengan pantas sekiranya berlaku kerosakan kenderaan atau kemalangan.

Menariknya, TuJu menyepadukan sumber data rasmi dan sahih secara langsung daripada Traffic Management Centre (TMC) milik LLM, para pengendali lebuh raya dan laporan komuniti yang telah disahkan.

Gabungan itu membolehkan pengguna menerima kemas kini aliran trafik semasa bagi membuat keputusan tepat tentang laluan serta merancang perjalanan.

TuJu tampil dengan rekaan antara muka (UI) yang lebih segar, fungsi carian arahan suara, navigasi langkah demi langkah (step-by-step) dan prestasi aplikasi lebih ringan serta lancar.

Ringkasnya, TuJu berbeza dengan aplikasi navigasi popular lain kerana bukan sahaja menyediakan maklumat berkaitan trafik, malah terdapat info mengenai premis perniagaan dan pelbagai tempat menarik di sekitar laluan.

Kemunculan kemudahan digital hasil inovasi anak tempatan itu bukan sahaja memudahkan urusan pengguna, malah menjadi kebanggaan negara.

Aplikasi TuJu boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store dan Google Play Store.

The post TuJu permudah perjalanan dengan navigasi pintar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved