Tuju Tak Function Tapi Nak Ganti Waze? Cuba LAPAN Nav, Web App Navigasi Yang Dibangunkan Rakyat Malaysia [Video]

LocalTechnology
3 Nov 2026 • 7:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seperti semua sedia maklum, penjawat awam dilarang menggunakan aplikasi navigasi Waze secara serta-merta berkuatkuasa 20 Oktober 2026 lalu susulan risiko keselamatan maklumat serta data pergerakan rakyat susulan aplikasi Waze terikat dengan undang-undang kerajaan Israel.

Meskipun Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggalakkan orang ramai untuk menggunakan aplikasi tempatan iaitu TuJu sebagai alternatif, namun aplikasi itu telah mencetuskan kontroversi serta menerima kritikan ramai susulan kekurangan serta ketidakberkesanan app berkenaan.

Sejak itu, ramai rakyat Malaysia mula mencari pilihan aplikasi lain yang dapat memudahkan perjalanan harian mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Berkuat-Kuasa Serta Merta, Penjawat Awam Dilarang Guna Aplikasi Navigasi Waze

Baca Artikel Berkaitan: Ada Yang Tanya Bagaimana Waze Boleh Membahayakan Negara? Content Creator Keselamatan Siber Kongsi Penjelasannya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Mohon Maaf Dengan Kekurangan TuJu, Tak Tolak Kemungkinan Waze Akan Diharamkan Sepenuhnya

LAPAN Nav, Navigasi Percuma Dengan Pelbagai Ciri Yang Menjamin Perjalanan Kekal Lancar

Namun tahukah anda, selain TuJu, sebenarnya terdapat sebuah lagi web app navigasi yang dibangunkan rakyat Malaysia yang dinamakan LAPAN Nav.

Perkhidmatan navigasi oleh Pengasas Fractal Digital Agency, Leslie Chan ini boleh diakses secara percuma dengan pilihan bahasa dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil.

Lebih menarik lagi, anda tak perlu susah-susah nak muat turun (download) kerana navigasi ini boleh digunakan menerusi web browser telefon masing-masing. Yang ada masalah phone storage selalu penuh tu, web app ini memang sesuai.

Kebaikan & Ciri-ciri LAPAN Nav

Berbanding aplikasi navigasi yang lain, pengguna LAPAN Nav juga boleh mendapat akses dan maklumat mengenai:

  • Sekatan jalan oleh polis yang dikongsi pengguna lain
  • Kesesakan lalu lintas
  • Kejadian banjir di sesebuah kawasan
  • Pilihan laluan yang lebih pantas ke destinasi
  • Info penutupan jalan raya
  • Kehadiran kamera perangkap laju
  • Kemalangan yang berlaku di kawasan sekitar

Pengguna Boleh Kongsi Lokasi Keberadaan Secara Live Melalui WhatsApp

Buat anda yang berasa bimbang tentang keselamatan dan keberadaan ahli keluarga atau kenalan rapat di atas jalan raya. Usah risau kerana LAPAN Nav juga membolehkan pengguna berkongsi pautan perjalanan secara langsung (live) menerusi WhatsApp tanpa perlu memuat turun web app ini.

Fungsi ‘Peringatan Rehat’ LAPAN Nav Ingatkan Pengguna Henti Rehat Sebentar Selepas 2 Jam Memandu

Khas untuk pengguna yang memandu berseorangan, LAPAN Nav juga tersedia dengan fungsi Peringatan Rehat yang mana ia akan mengingatkan anda supaya berhenti berehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang terdekat selepas dua jam menempuh perjalanan.

Fungsi ini boleh mengelakkan risiko microsleep yang boleh mengundang keselamatan pemandu serta pengguna jalan raya lain.

View this post on Instagram

A post shared by LAPAN Nav (@lapannav)

Baca Artikel Berkaitan: ‘Microsleep’ Mengundang Maut

Baca Artikel Berkaitan: “Penat Sangat Kot” – Tindakan Lelaki Tertidur Dalam Kereta Di Tengah Jalan Raya Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Sempat Kongsi Status Berhenti Sebab Terlelap Atas Motor Di IG, Pemuda Ini Maut Kemalangan

Aplikasi LAPAN Nav Untuk Pengguna iOS Akan Tersedia Tak Lama Lagi

Selain boleh diakses menerusi laman LAPAN Nav yang menggunakan teknologi Progressive Web App (PWA) menerusi pelayar Chrome atau Safari dan ditambah ke skrin utama telefon seperti aplikasi biasa, aplikasi navigasi ini juga tersedia dalam bentuk aplikasi.

Bagi pengguna Android, LAPAN Nav boleh dimuat turun seperti aplikasi biasa yang lain menerusi Google Play. Aplikasi LAPAN Nav untuk pengguna iPhone pula dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Image from: Tuju Tak Function Tapi Nak Ganti Waze? Cuba LAPAN Nav, Web App Navigasi Yang Dibangunkan Rakyat Malaysia [Video]

Ini Cara Tambah LAPAN Nav Ke Skrin Utama Telefon Anda

Sekiranya tidak mahu memuat turun aplikasi menerusi Google Play, di sini kami kongsikan cara untuk menambah LAPAN Nav ke skrin utama (menu) peranti anda.

  • Android (Chrome):
  1. Buka app.lapan-nav.com menerusi pelayar Chrome.
  2. Tekan Install apabila LAPAN Nav memaparkan permintaan pemasangan atau tekan ikon ⋮, kemudian pilih Install app atau Add to Home screen.
  3. Buka LAPAN Nav menerusi ikon yang telah ditambah ke skrin utama telefon.
  • iPhone (Safari) – Disyorkan

Kaedah ini boleh digunakan pada semua model iPhone yang menggunakan versi iOS terkini.

  1. Buka app.lapan-nav.com menerusi browser Safari.
  2. Tekan butang Share ︎. Bagi pengguna iOS 26, tekan ikon ≡ atau ⋯ di sebelah bar alamat terlebih dahulu, kemudian pilih Share.
  3. Pilih Add to Home Screen. Jika pilihan itu tiada, tekan View More, kemudian pilih Add.
  • iPhone (Chrome)

Kaedah ini memerlukan iOS 16.4 atau versi lebih baharu.

  1. Buka app.lapan-nav.com menerusi browser Chrome.
  2. Tekan ikon Share ︎ pada bar alamat atau pilih ⋯ kemudian tekan Share.
  3. Pilih Add to Home Screen kemudian tekan Add.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved