Tujuh hotspot himpunkan peserta WQH di Sabah

9 Mar 2026 • 9:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 100 pelajar dan kakitangan dijangka menyertai program yang berlangsung di Politeknik Sandakan. Gambar kecil: Noorazlinah

KOTA KINABALU – Persiapan menjayakan World #QuranHour (WQH) di Sabah giat dilaksanakan dengan tujuh lokasi hotspot dikenal pasti menghimpunkan peserta.

Penyelaras Rumah Ngaji Sabah, Noorazlinah Awang berkata, pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan, masjid dan agensi kerajaan bersiap sedia bagi memastikan kelancaran program.

Katanya, antara lokasi yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kimanis, Papar dijangka menghimpunkan 600 guru, kakitangan dan pelajar dengan sesi program diadakan dari jam 2 petang hingga 3 petang.

“Program ini turut diadakan di Masjid Imam Haji Hashim, Sipitang dengan kerjasama pihak Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sipitang melibatkan kira-kira 300 orang awam yang dijadualkan bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi,” katanya.

Menurutnya, program di Kolej Komuniti Beaufort dijangka melibatkan 150 kakitangan dan pelajar, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Kencana, Lahad Datu pula menghimpunkan 200 guru serta pelajar.

“Dalam pada itu seramai 100 pelajar dan kakitangan dijangka menyertai program yang berlangsung di Politeknik Sandakan.

“Markas Wilayah Laut 2 TLDM Sandakan turut mengambil bahagian dengan penyertaan 50 anggota dan kakitangan yang dijadualkan berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang pada 12 Mac,” katanya.

Tambahnya, SMK Bundutuhan, Ranau turut menyertai dengan penyertaan kira-kira 180 guru dan pelajar yang akan melaksanakan sesi WQH lebih awal iaitu dari jam 7 pagi hingga 8 pagi.