Tujuh Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
5 Sep 2025 • 4:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tujuh Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Terengganu, Pahang Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

“Di Terengganu, hanya daerah Kemaman sahaja diramal hujan. Manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Kuantan dan Rompin.

“Di Selangor, daerah yang dijangka hujan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Gombak. Sementara di Negeri Sembilan di daerah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Selain itu, di Johor dua daerah dijangka hujan iaitu Segamat dan Mersing.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Miri (Telang Usan) dan Limbang. Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dan Sandakan,” maklum METMalaysia dalam hantaran berkenaan.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02BjMipuDqkweq9zZKCMngXXsX6B82pitcbhv6rELSTYVV6kqmbYwavTTH9Uge5V7xl

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved