
Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri, 2 Wilayah Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan hingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan bahawa hujan lebat akan melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
Selain itu, negeri Terengganu iaitu di daerah Kemaman juga dijangka terlibat.
Di Pahang, ia melibatkan daerah Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Manakala, di Selangor pula melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Bagi Negeri Sembilan dan Johor, hujan lebat hanya akan melanda daerah Jelebu dan Mersing.
BACA JUGA: Tujuh Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini
Beralih ke Sarawak, keadaan cuaca itu turut akan melanda daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
Manakala, di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Beluran).
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
The post Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri, 2 Wilayah Malam Ini appeared first on Siakap Keli.



