
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran itu melibatkan daerah Baling di Kedah dan Manjung, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Larut Matang dan Selama di Perak.
Selain itu, ia juga membabitkan beberapa daerah di negeri Kelantan iaitu di Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.
Di Pahang pula, hanya daerah Rompin yang terlibat.
Baca juga:
Malaysia Berdepan Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Luar Biasa Ke Musim Kering
Fenomena Super El Nino: MetMalaysia Jangka Suhu Lebih 40 Darjah Celsius Tahun Depan
Amaran turut melibatkan daerah Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi dan Mersing di Johor.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal berlaku di daerah Miri (Beluru dan Marudi), Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Bintulu (Sebauh dan Tatau), Kapit (Kapit dan Song), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Limbang (Limbang) .
Manakala di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Penampang), Sandakan (Telupid).
Tujuh Negeri Diramal Hujan

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.






