Tujuh pemancing hilang berhampiran Pulau Ketam

14 Sep 2026 • 4:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tujuh pemancing hilang berhampiran Pulau Ketam

KLANG – Tujuh pemancing termasuk seorang tekong dilaporkan hilang di perairan One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam di sini, semalam.

Mereka bertolak pada pukul 8.20 pagi dan sepatutnya tiba di jeti Sementa, Kapar selewat-lewatnya pukul 8.30 malam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, maklumat mengenai kehilangan kumpulan pemancing itu diterima menerusi talian MERS 999 pada pukul 3.35 pagi.

Susulan itu aset Maritim Malaysia digerakkan pada pukul 3.40 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada pukul 5 pagi.

“Pencarian meliputi kawasan seluas 118.4 batu nautika persegi, manakala pencarian melalui udara meliputi kawasan seluas 509.6 batu nautika persegi di sekitar perairan One Fathom Bank.

“Operasi masih giat dijalankan berikutan ketujuh-tujuh pemancing termasuk tekong masih belum dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi tersebut turut disertai Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang dan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang.

Antara aset terlibat adalah Bot Penggalang 1, pesawat udara CL415MP (Bombardier), aset RH16 Pasukan Polis Marin dan bot aluminium milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Tujuh pemancing hilang berhampiran Pulau Ketam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved