Tujuh pegawai jabatan imigresen cedera van dinaiki terbalik

29 Oct 2026 • 4:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tujuh pegawai jabatan imigresen cedera van dinaiki terbalik

TAMPARULI: Tujuh pegawai jabatan imigresen cedera selepas van dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, van berkenaan dalam perjalanan pulang selepas menjalankan operasi penghantaran pulang pendatang tanpa izin (PTI) ke negara asal melalui Lahad Datu.

Difahamkan, seorang pegawai dilaporkan mengalami kecederaan serius, manakala enam lagi mengalami cedera ringan.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa dibantu keluar dari kenderaan oleh beberapa individu lain yang melihat kemalangan itu.

Punca kejadian masih belum diketahui dan sedang menunggu maklumat lanjut. – UTUSAN

The post Tujuh pegawai jabatan imigresen cedera van dinaiki terbalik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved