“Tujuh Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri Saya” – Salih Yaacob

LocalEntertainment
12 Jun 2026 • 4:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Selebriti versatil, Salih Yaacob mengakui kehidupannya kini lebih sederhana selepas tujuh tahun tidak aktif dalam industri hiburan.

Salih atau nama sebenarnya Mohammad Salih Yaacob, 65, berkata dia hanya berserah kepada ketentuan Allah dalam meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi selepas berdepan masalah kesihatan termasuk penyakit darah tinggi.

Advertisement
View this post on Instagram

“Sumber pendapatan dan rezeki mesti ada. Dulu adalah tawaran kerja tapi sekarang apa yang orang bagi itulah sumber saya. Saya hidup dalam keadaan ala kadar sahaja. Kita nak harapkan bantuan, biar Allah yang bantulah.”

“Duit simpanan semua dah habis tapi masih boleh bertahan lagi. Sekarang dah masuk tujuh tahun saya tak bekerja tapi alhamdulillah setakat ini tak pernah terputus bekalan beras, ada orang bagi,” katanya.

Menurut bekas penyampai radio Sinar FM itu, dia bersyukur kerana sehingga kini masih dapat memenuhi keperluan asas dan tidak pernah merasai kesempitan hidup yang serius.

View this post on Instagram

“Tak ada sesak, saya daripada dulu tidak pernah rasa begitu. Lagipun saya tak nak menyusahkan isteri-isteri saya. Ikut apa benda yang ada sudah,” katanya lagi.

Terdahulu, Salih menerima kunjungan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menerusi program Ziarah Seni Madani anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Image from: “Tujuh Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri Saya” – Salih YaacobImage from: “Tujuh Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri Saya” – Salih Yaacob

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menerima bantuan berupa bakul makanan dan sumbangan wang tunai selain sokongan moral berikutan keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan.

Sebelum ini, Salih dilaporkan menerima rawatan di Hospital Ampang selepas mengalami masalah tekanan darah tinggi secara tiba-tiba.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Tujuh Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri Saya” – Salih Yaacob2026-06-12 11:53:03

"Kami Tak Ada Chemistry.." - Sheila Rusly Dedah Tidak Punya Hubungan Rapat Dengan Mentua

The post “Tujuh Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri Saya” – Salih Yaacob first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved