Tukang tilik dipercayai rogol seorang wanita ada rekod kes tipu

LocalPolitics
19 Aug 2024 • 2:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian.

SEPANG - Tukang tilik yang dipanggil 'master' disyaki memperkosa seorang wanita tempatan dalam kejadian di sekitar Puchong mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes penipuan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan pada 2017.

"Kita telah membuka dua kertas kertas siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 354 akta sama kerana mencabul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Wan Kamarul Azran berkata, setakat ini polis telah merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes tukang tilik memperkosa seorang wanita.

"Lelaki berusia 34 tahun itu direman lima hari bermula Sabtu hingga Rabu bagi membantu siasatan," katanya.

Pada Sabtu, Wan Kamarul Azran dilaporkan berkata, laporan dibuat mangsa kira-kira jam 1.54 pagi mendakwa dirinya dirogol suspek.

Siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek menerusi media sosial selain mempercayai suspek boleh menilik nasib.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved