Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

LocalCars
26 May 2026 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

image.png

Nampaknya, urusan tukar hak milik kenderaan peribadi kini bakal menjadi lebih cepat dan mudah selepas Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan bahawa Carro Technology Sdn. Bhd., akan membuka lapan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) baharu secara serentak bermula 16 Jun ini.

Langkah ini merupakan fasa baharu dalam industri automotif tempatan selepas kerajaan memutuskan untuk menamatkan monopoli perkhidmatan pemeriksaan kenderaan sebelum ini. Pembukaan pusat pemeriksaan Carro ini khusus untuk mengendalikan Pemeriksaan Tukar Hak Milik Persendirian (M.V.15) selain daripada Puspakom.

image.pngimage.png

Inisiatif ini juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac 2023 yang bersetuju untuk membuka perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) kepada syarikat-syarikat lain yang berkelayakan.

Di Mana Lokasi Lapan Cawangan Carro Ini?

Bagi fasa pertama ini, Carro akan mengendalikan operasi pemeriksaan di lapan lokasi strategik berikut:

Selangor: Glenmarie, Kajang, dan Klang

Kuala Lumpur: Wangsa Melawati

Pulau Pinang: Bayan Lepas

Melaka

Johor: Muar dan Johor Bahru

Tiada Kompromi Soal Kualiti dan Keselamatanimage.png

Walaupun dikendalikan oleh syarikat swasta, MOT menegaskan bahawa kawalan kualiti adalah sangat ketat. Operasi Carro dikawal selia sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan wajib mematuhi standard antarabangsa ISO/IEC 17020:2012.

Antara syarat ketat yang dipenuhi termasuklah:

Sistem Berintegrasi: Sistem operasi Carro dihubungkan terus dengan sistem MySIKAP JPJ.

Lorong Khas: Menyediakan ruang dan kakitangan berasingan khusus untuk pemeriksaan M.V.15.

Pakar Bertauliah: Semua pemeriksa kenderaan telah menjalani program pentauliahan rasmi oleh JPJ.

Lepas Ini, Banyak Lagi Pilihan!

Carro hanyalah permulaan. MOT turut mendedahkan beberapa syarikat lain kini sedang rancak mempersiapkan cawangan mereka untuk menawarkan perkhidmatan yang sama tidak lama lagi:

SyarikatLokasi Cawangan Akan DatangCarsome Academy Sdn BhdSg. Buloh (Selangor)Car Medic Sdn. Bhd.Kajang dan Serdang (Selangor)Beriman Gold Sdn. Bhd.Kuching, Miri, Sibu, dan Bintulu (Sarawak)Lebih Pilihan, Kurang Kesesakan

Pembukaan pusat pemeriksaan baharu ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memperluas akses rakyat kepada perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang lebih cekap dan berkualiti, sekali gus menyediakan lebih banyak pilihan serta membantu mengurangkan kesesakan sedia ada.