U Mobile kini merupakan salah satu daripada jenama telekomunikasi terbesar di Malaysia, dan adalah pengendali rangkaian 5G kedua yang bukan sahaja memperlihatkan rangkaian internet yang laju, tetapi juga tampil dengan banyak kelebihan-kelebihan lain yang jarang sekali diperlihatkan pada jenama-jenama syarikat telekomunikasi yang lain.
Bermula 5 Ogos ke 31 Disember 2026, U Mobile menawarkan kempen promosi menukar talian mudah-alih anda ke U Mobile yang tampil dengan rebat tunai RM10 setiap bulan untuk tempoh 12 bulan bernilai RM120 secara keseluruhan. Rebat tunai ini terpakai untuk semua talian pelan pascabayar U Mobile, dari ULTRA Postpaid 45, ULTRA Postpaid 68, ULTRA Global 98 dan ULTRA Family 128.

Anda juga akan menerima ULTRA5G Priority Pass percuma yang membolehkan anda untuk mengakses rangkaian internet 5G prioriti walaupun di lokasi-lokasi yang sesak dengan orang lain, dan juga pelan Ultra Security Pro yang menjanjikan keselamatan identiti, peranti dan data peribadi anda.
Jika anda mempunyai ahli keluarga dengan nombor telefon dibawah pelan keluarga anda, U Mobile turut mempunyai pelan ULTRA Family 128 yang membolehkan anda memindahkan sehingga empat nombor telefon dibawah pelan tersebut.

Anda dan ahli-ahli keluarga anda akan berkongsi sebanyak 1000GB data 5G setiap bulan, bersama-sama dengan ciri Global Roaming yang membolehkan anda merantau dan ULTRA5G Priority Pass yang membolehkan anda mengakses rangkaian 5G prioriti di lokasi yang sesak.
Dengan rebat kempen RM10 ini, harga pelan tersebut akan dikurangkan ke RM118, yang mana setiap nombor dibawah pelan ini hanya membayar RM29.5 setiap bulan.

Apabila anda sudah memilih pelan pascabayar U Mobile yang sesuai untuk anda dan keluarga anda, anda bukan sahaja akan mendapat akses kepada rangkaian internet 5G, tetapi juga beberapa ciri-ciri tambahan, seperti jumlah data yang banyak, dari 500GB ke 1TB setiap bulan dan data rayauan antarabangsa percuma di lebih 60 destinasi di seluruh dunia, tertakluk kepada pelan anda.
Jika anda berminat untuk menukar talian anda ke rangkaian U Mobile Ultra 5G, anda boleh menggunakan ciri MNP ataupun Mobile Number Porting melalui laman web pertukaran rangkaian U Mobile ataupun ke mana-mana kedai fizikal U Mobile untuk memindahkan talian-talian anda. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai proses MNP, anda juga boleh melayari laman soalan lazim mereka untuk menjawab kemusykilan tersebut.
Layari: Jom Tukar Guna U Mobile Ultra 5G
Penafian: Ini adalah sebuah advertorial oleh U Mobile.




