
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita warga emas terkapai-kapai dalam keadaan lemah di dalam sebuah kawasan berlumpur.
Menerusi video sohor yang dikongsikan di akaun X @bacottetangga, anak kepada warga emas berusia 80 tahun itu hanya membiarkan sahaja ibunya berendam di dalam lumpur selama semalaman.
Malah, terdapat dakwaan yang mengatakan perbuatan itu dilakukan hanya demi konten di media sosial sahaja.
Sampai hati biar ibu dalam lumpur sehari semalam
Menurut laporan Tribunnews, kejadian berkenaan berlaku di sebuah kampung di Pulau Nias, Sumatera Utara, Indonesia.
Sungguh keji dan memilukan, bukannya diberikan kebahagian, sebaliknya anak warga emas itu melakukan penyiksaan terhadap ibu kandungnya sendiri.
Di dalam video berkenaan, kelihatan jelas hampir keseluruhan badan warga emas itu diselaputi lumpur dan hanya sebelah tangannya sahaja yang mampu bergerak dipercayai kerana terlalu lemah.
Seorang Anak Di Nias Tega Membiarkan Ibunya Yang Sudah Berumur 80 Tahun Berendam DiDalam Lumpur Bekas Galian Sumur Selama Satu Hari Satu Malam.
— Highlight Indo (@idhighlight) April 28, 2025
kronologinya belum jelas, ada yang bilang ini cuma konten. pic.twitter.com/HRSnekHv0N
Polis teliti video untuk pengesahan, suara seperti tidak sync
Memetik Kompas.com, pihak polis Indonesia menyatakan belum menerima sebarang laporan berhubung video tular terbabit.
Malah, pihak polis juga sedang meneliti rakaman berkenaan untuk pengesahan tentang kesahihan seperti yang didakwa.
“Kita belum dapat laporan soal perkara itu, kita akan meneliti video berkenaan. Memang itu bahasa Nias, tapi setakat ini kami lihat tidak selari suara (dalam video) dengan kejadian, ia seperti percakapan di tempat lain. Jadi tidak dapat dipastikan dari video itu lokasinya di Nias, kita perlu teliti dahulu,” kata seorang anggota polis di sana.
Source:



![[VIDEO] “Berani Kerana Benar!” – Pertama Kali KPDN Buat Serbuan Tak Jumpa Salah, Siap Dapat Pujian Lagi!](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
