
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam (1 Mei), tular di media sosial beberapa video yang memaparkan satu kebakaran hutan yang dasyat telah berlaku di Israel pada baru-baru ini.
Pihak berkuasa tempatan mempercayai bahawa kebakaran tercetus secara sengaja dan terancang dengan lebih 20 lokasi kebakaran dikenal pasti di kawasan terjejas.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu juga mengumumkan seramai 18 individu telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden berkenaan kebakaran berhampiran Baitulmaqdis itu.
This is not Gaza, this is the terrorist state of Israel. ALHAMDULILLAH! More fires Ya Allah 🤲🔥🔥 pic.twitter.com/mmZKM1MgNA
— F A A R E E S 💫 🇵🇸 (@MFaarees_) May 1, 2025
Kebakaran makin dasyat, Israel isytihar darurat kebangsaan
Kebakaran yang terburuk dalam sejarah Israel itu juga telah memaksa negara haram berkenaan untuk mengisytiharkan darurat kebangsaan.
Difahamkan, keadaan cuaca panas dan angin kecang menyebabkan kebakaran merebak dengan pantas di kawasan hutan seluas 2,000 hektar.
⚡️🔥 Israeli media says: Today's fires are the largest in "Israel's history."
— MenchOsint (@MenchOsint) April 30, 2025
The occupation forces evacuated five settlements and closed the highway between Jerusalem and Tel Aviv. (Qudsn) pic.twitter.com/uCWyVtoRGc
Tragedi itu turut menyebabkan beberapa kecederaan serta memaksa pemindahan penduduk dan penutupan lebuh raya utama antara Tel Aviv dan Baitulmaqdis.
Menurut RTM yang memetik agensi penyelamat Israel, Magen David Adom (MDA), setakat ini 22 orang dilaporkan cedera dengan 12 daripadanya dimasukkan ke hospital kebanyakan akibat tersedut asap tebal.
Isreal is on Fire 🔥 seems like vengeance from God pic.twitter.com/vpS79NEWvB
— Mr Emmanuel George (@Emma_George10) May 1, 2025
Israel lancar kempen diplomatik, minta bantuan negara-negara lain padam kebakaran
Dalam pada itu, Menteri Luar Gideon Sa’ar melancarkan kempen diplomatik menyeluruh dengan menghubungi lebih 12 negara untuk meminta bantuan memadamkan kebakaran hutan terbesar dalam sejarah Israel.
Kenyataan pejabat Sa’ar memaklumkan bahawa menteri berkenaan telah menghubungi rakan sejawatnya di Britain, Perancis, Republik Czech, Sweden, Argentina, Sepanyol, Macedonia Utara dan Azerbaijan dan banyak negara lain untuk meminta bantuan.
Over the past few hours, I held a series of phone calls with my counterparts from Argentina, France, Italy, the UK, Spain, Portugal, the Czech Republic, Sweden, Croatia, Greece, Cyprus, Azerbaijan and North Macedonia, to request aerial assistance in dealing with the wildfires…
— Gideon Sa'ar | גדעון סער (@gidonsaar) April 30, 2025
Tel Aviv juga dilaporkan meminta bantuan daripada Greece, Cyprus, Croatia, Itali dan Bulgaria. Difahamkan, ketika ini Itali dan Greece sudahpun menghantarkan bantuan.
Menurut sumber keselamatan yang bercakap dengan The Times of Israel, Pihak Berkuasa Palestin turut dipercayai menawarkan menghantar pasukan pemadam kebakarannya sendiri untuk membantu, namun Israel masih belum menjawab scara rasmi tawaran itu.
Source:

![Tular Anak Didakwa Rendam Ibu Dalam Lumpur Seharian Demi Konten Di Indonesia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

![Tular Pemandu Vellfire Plat Singapura Bergaduh Di JB, Anak Tampil Kongsi Apa Yang Terjadi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)
