Tular Banyak Burung Merpati Berkeliaran Dalam Wad Hospital, HTAR Beri Sebab

9 Jun 2026 • 11:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tular di media sosial baru-baru ini sebuah video memaparkan beberapa ekor burung berkeliaran di dalam wad pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di Threads itu, kelihatan beberapa ekor burung berada di kawasan wad hospital, malah ada antaranya dilihat mematuk bekas makanan milik pesakit.

Advertisement

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang meluahkan kebimbangan mengenai tahap kebersihan serta keselesaan pesakit di hospital berkenaan.

Susulan isu yang tular itu, HTAR tampil mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan terdapat burung merpati dan gagak yang menjadikan kawasan pokok di sekitar hospital sebagai habitat.

Menurut pihak hospital, keadaan tersebut boleh menyebabkan burung memasuki bangunan hospital secara tidak sengaja termasuk ke kawasan wad pesakit.

Image from: Tular Banyak Burung Merpati Berkeliaran Dalam Wad Hospital, HTAR Beri SebabImage from: Tular Banyak Burung Merpati Berkeliaran Dalam Wad Hospital, HTAR Beri Sebab

HTAR

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan burung memasuki kawasan bangunan hospital secara tidak sengaja.”

“Bagi menangani perkara berkenaan, HTAR sudah melaksanakan langkah kawalan secara berkala, termasuk pemangkasan pokok oleh syarikat konsesi serta pemantauan berterusan di kawasan wad dan bangunan hospital,” katanya.

Dalam pada itu, pihak hospital turut memaklumkan bahawa kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diadakan bagi memperkukuhkan usaha menangani gangguan burung di kawasan tersebut.

HTAR turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius isu yang dibangkitkan dan sentiasa komited memastikan persekitaran hospital berada dalam keadaan selamat, bersih dan kondusif untuk semua pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Tular Banyak Burung Merpati Berkeliaran Dalam Wad Hospital, HTAR Beri Sebab2026-06-09 10:21:04

Ibu Mangsa Dua Kanak-Kanak Jatuh Tingkat 12 Pangsapuri Direman 4 Hari

The post Tular Banyak Burung Merpati Berkeliaran Dalam Wad Hospital, HTAR Beri Sebab first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.