Tular Bawa Anjing Di Dalam Troli, Netizen Puji Tindakan Pantas Pekerja Emart Moyan

20 Dec 2022 • 3:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Syabas kepada pihak pengurusan Emart Moyan! image is not available

Tular Bawa Anjing Di Dalam Troli, Netizen Puji Tindakan Pantas Pekerja Emart Moyan. Baru-baru ini telah tular sebuah kejadian di mana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab meletakkan anjing peliharaannya di dalam sebuah troli di Emart, Moyan.

Menerusi perkongsian milik Sarawak Roads Update, telah memuatnaik gambar menunjukkan seekor anjing peliharaan di dalam troli bersamaan dengan beberapa plastik pembelian di salah sebuah supermarket di Moyan.

image is not available
Tular Bawa Anjing Di Dalam Troli, Netizen Puji Tindakan Pantas Pekerja Emart Moyan

Perbuatan individu tersebut disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti

Dalam perkongsian tersebut, pengguna memuatnaik beserta kapsyen bahawa tindakan meletakkan anjing di dalam troli supermarket adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab dan meminta agar pihak pengurusan untuk menyertu troli tersebut.

Selang beberapa jam selepas gambar tersebut dimuat naik, pihak pengurusan tampil jawab bahawa mereka bakal menyertu semua troli di pasaraya tersebut pada keesokan harinya serta membuat live untuk meyakinkan pelanggan Emart.

image is not available

Pihak Emart bekerjasama dengan pegawai JAIS untuk menyertu troli-troli

Pihak Emart turut memuatnaik kenyataan di laman Facebook di mana mereka membuat penyertuan bersama-sama dengan pegawai dari JAIS:

Kami sangat menyesal tentang kejadian yang berlaku bahawa salah satu anjing peliharaan pelanggan kami diletakkan di troli kami di Emart Moyan.
Bersama-sama dengan pegawai-pegawai dari Jais (Jabatan Agama Islam Sarawak), proses pembersihan (Sertu) setelah menerima aduan semalam untuk memastikan semua troli bersih dan dibersihkan.
Kami ingin menjelaskan bahawa semua cawangan Emart tidak membenarkan haiwan peliharaan memasuki semua premis kami. Semua kakitangan yang berkaitan akan mengambil perhatian lebih lanjut mengenai perkara ini dan pastikan ini tidak akan berlaku lagi.”

Pihak pengurusan Emart Moyan

Dalam kenyataan tersebut, pihak pengurusan turut menegaskan bahawa semua cawangan Emart tidak membenarkan haiwan peliharaan memasuki premis. Tindakan pantas pihak pengurusan tersebut telah menerima pujian netizen.

image is not available

image is not available