Tular Cawangan Baru Zus Coffee, Boleh Hirup Kopi Sambil Healing Di Pantai Tanjung Lipat Sabah

4 Nov 2024 • 2:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Pesona Senja di Zus Coffee Tanjung Lipat

Tular Cawangan Baru Zus Coffee, Boleh Hirup Kopi Sambil Healing Di Pantai Tanjung Lipat Sabah. Terletak di pesisiran pantai yang menawan di Tanjung Lipat, Likas, Kota Kinabalu, Zus Coffee telah membuka sebuah cawangan yang menjadi tarikan baharu bagi pencinta kopi. Cawangan ini menawarkan pengalaman menikmati kopi yang unik dengan pemandangan laut yang memukau.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @edin_mm itu menyatakan bahawa para Zurista, iaitu kakitangan Zus Coffee, sentiasa disambut dengan panorama senja yang mengagumkan setiap hari.

image is not available
Sumber foto: Tangkap layar TikTok @edin_mm. Tular Cawangan Baru Zus Coffee, Boleh Hirup Kopi Sambil Healing Di Pantai Tanjung Lipat Sabah

Mereka bertugas dalam suasana yang disinari cahaya senja keemasan, menjadikan pengalaman bekerja mereka lebih bermakna dan istimewa.

Bukan kepada Zurista sahaja, tetapi juga pastinya pengalaman istimewa ini turut dirasai oleh pelanggan!

Lokasi strategik cawangan ini membolehkan para pelanggan menikmati minuman kegemaran mereka sambil memerhati matahari terbenam di kaki langit Tanjung Lipat, Sabah.

“Probably the best Zus Coffee in Malaysia”– Netizen

Meninjau di ruangan komen TikTok @edin_mm, menunjukkan sambutan hangat netizen yang tidak sabar untuk mengunjungi lokasi tersebut pada hujung minggu. Malah, ada yang berseloroh mengatakan aktiviti senaman mereka akan terganggu dengan kehadiran cawangan Zus Coffee di kawasan itu.

image is not available

image is not available

Boleh dikatakan cawangan ini merupakan salah satu cabang Zus Coffee yang paling unik di Sabah, menawarkan bukan sahaja minuman berkualiti tetapi juga pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan latar belakang keindahan alam semula jadi Borneo.

ICYMI, buat peminat Zus Coffee di Brunei, cawangan pertama mereka akan dibuka hujung tahun ini: