
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Umum mengetahui, memarkir kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya seperti di tepi jalan utama merupakan satu kesalahan.
Pihak berkuasa termasuk majlis bandaraya boleh mengambil tindakan saman, kunci tayar (clamp) atau menunda kenderaan yang melakukan kesalahan terbabit.
Peraturan-peratutan ini harus dipatuhi oleh semua orang tanpa mengira jenis kenderaan atau status pangkat pemilik kereta.
Tular kereta milik Ahli Parlimen kena saman kerana parkir haram di kawasan bas berhenti
Pun begitu, baru-baru ini, tular di media sosial beberapa hantaran yang mendakwa kereta milik seorang Ahli Parlimen (MP) diparkir secara haram di tepi sebuah kawasan jalan raya.
Ini berdasarkan jata Ahli Parlimen yang terdapat pada nombor pendaftaran hadapan kereta jenis Volvo berwarna hitam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman X @Natcromancer, kereta Volvo itu diparkir di dalam kotak khas untuk bas berhenti di Jalan Kuchai Maju, Kuala Lumpur.
Susulan itu, pihak polis telah bertindak menyaman kenderaan terbabit yang jelas menyalahi undang-undang jalan raya.
Tular dakwaan ada permintaan agar anggota polis tak saman kereta milik YB
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah tangkap layar kapsyen pada perkongsian tular yang mendakwa kononnya terdapat permintaan agar para anggota polis tidak menyaman kereta-kereta Yang Berhormat (YB).
“Arahan KPB minta anggota jangan saman kereta-kereta YB.
“Maksudnya ada double standard untuk saman ini dikeluarkan? Hanya orang awam (kena saman) kalau VVIP tidak boleh, adakah macam itu,” tulis pada tangkap layar tersebut.
SS perbualan di WhatsApp tidak terdapat permintaan jangan saman
Menerusi hantaran sama, turut dikongsikan satu tangkap layar dipercayai perbualan WhatsApp yang tertulis, “Salam cik-cik semua, diminta semua anggota kenal kereta YB. YB beritahu kena saman oleh anggota kita. Diminta tengok-tengok serta lihat-lihat kereta YB.”
Namun, tangkap layar perbualan itu tidak menyebut atau meminta mana-mana anggota untuk tidak menyaman kereta VIP berkenaan seperti yang didakwa pada hantaran tersebut.
A YB parked their car at the Jln Kuchai Maju bus stop, making life unnecessarily difficult for T586 feeder bus users and had the gall to request that they shouldn’t get saman
— Nat-scape Nat-vigator 🇲🇾 🏳️⚧️ (@Natcromancer) October 23, 2025
No, you should get a MUCH HIGHER SAMAN to be an example
Nobody is above the law, especially LAWMAKERS https://t.co/4aDCcoIj3L pic.twitter.com/fPXqa8Vhck
Nama Teresa Kok dan Syahredzan dipetik netizen
Kebanyakan netizen juga memetik nama MP Seputeh, Teresa Kok dan MP Bangi, Syahredzan Johan memandangkan terdapat gambar mereka berdua berdiri di sebelah kereta mirip kenderaan sama ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Syahredzan menerusi respon di laman X menafikan bahawa kenderaan itu adalah miliknya dan tidak mengetahui siapa pemilik kereta itu.
Malah, beliau menegaskan apa sahaja kenderaan tanpa mengira status pemiliknya tidak sepatutnya parkir secara haram dan perlu disaman seperti orang lain.
All cars, regardless of owners’ status, should
— Syahredzan Johan (@syahredzan) October 23, 2025
a) not illegally park; and
b) be fined like everyone else. https://t.co/53svgnL7E9
Namun, Teresa pula pada ketika ini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu.
BuzzKini sudah cuba menghubungi Teresa bagi mendapatkan maklum balas beliau berhubung perkara ini.
Ramai gesa PDRM dan SPRM siasat
Kebanyakan pengguna media sosial pada ketika ini meminta agar pihak polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan ini.
Ramai menegaskan sekiranya benar dakwaan terbabit ia haruslah diambil tindakan kerana tiada sesiapa yang boleh berada di atas undang-undang.
Proton X90 milik Mohd Hasbie Muda tular parkir di laluan pejalan kaki
Sebelum ini, pada Julai 2024 lalu, tular di media sosial kereta Proton X90 dakwaan kereta milik seorang Ahli Parlimen Malaysia parkir di laluan pejalan kaki di sekitar Kuala Lumpur.
Tidak lama kemudiannya, seorang pengguna X mendakwa nombor pendaftaran kenderaan tersebut adalah milik Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Hasbie Muda.
Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu kemudiannya menerusi ciapan balas telah mengakui kenderaan tersebut adalah miliknya dan memohon maaf atas perkara tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Bersedia Dikompaun” – Senator Mohon Maaf, Tular Kereta Miliknya Parkir Di Laluan Pejalan Kaki


![“Jadi Depan Mata” – Tular Rakaman Cerun Runtuh & Pokok Tumbang Di Balik Pulau [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/environment.jpeg)
![Banjir Di Perak Makin Buruk, Lebih 2000 Mangsa Terjejas & R&R Taiping Ditutup [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![Tular Frozen Meat Sebenarnya Daging Kerbau, Ini Perbezaannya Dengan Daging Lembu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
