Tular Di Media Sosial, Majlis Perkahwinan Ini Senarai Jumlah Kalori Makanan

8 Oct 2023 • 8:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perkara unik di majlis perkahwinan.

Tular Di Media Sosial, Majlis Perkahwinan Ini Senarai Jumlah Kalori Makanan. Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis perkahwinan yang menyenaraikan jumlah kalori setiap makanan yang dihidangkan kepada para tetamunya.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh seorang wanita dalam akaun TikToknya @farchuuu yang menghadiri majlis tersebut.

image is not available
Tular Di Media Sosial, Majlis Perkahwinan Ini Senarai Jumlah Kalori Makanan. Gambar tangkap layar dari TikTok @farchuuu

Majlis diadakan oleh pakar pemakanan

Majlis itu dikatakan diadakan oleh seorang pakar pemakanan yang telah menyenaraikan setiap kalori supaya para tetamu yang hadir boleh mengawal pengambilan kalori yang diperlukan.

Dalam video berkenaan, wanita tersebut dilihat bersemangat menikmati hidangannya sambil menunjukkan papan tanda yang menerangkan kalori setiap hidangan yang disediakan pada majlis tersebut.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @farchuuu

Meraih 3 juta tontonan di TikTokj video ini kemudiannya mendapat perhatian daripada orang ramai kerana ini adalah sesuatu yang belum pernah lagi berlaku.

Jadi apa pendapat anda, adakah anda ingin menggunakan idea unik ini untuk perkahwinan anda nanti?

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: