Tular Foto Anak Bekas Perdana Menteri Yang Ditangkap Sebab Dadah?

LocalPolitics
25 Aug 2025 • 9:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, kecoh di setiap platform mengenai seorang individu yang merupakan anak bekas Perdana Menteri Malaysia ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dadah ditemui di dalam keretanya.

Susulan kes tersebut telah berleluasa, ramai yang tertanya-tanya siapakan anak bekas PM itu.

Ini ke anak bekas PM yang ditangkap?

Di laman Threads, tular foto didakwa merupakan anak kepada bekas PM yang ditangkap oleh pihak polis disebabkan dadah ditemui di dalam kereta itu.

image is not available

Dapat dilihat dalam foto berkenaan, individu terbabit kelihatan cengkung didakwa dek kerana mengambil dadah berlebihan, malah foto kereta mewah berwarna merah juga dimuat naik, di mana ia didakwa merupakan kereta yang ditahan oleh pihak polis.

Instagram ‘diserang’ netizen

Dalam pada masa yang sama, Instagram anak kepada bekas PM itu turut ‘diserang’ oleh warganet yang masih tertanya sama ada dia merupakan individu yang ditangkap.

image is not available

image is not available 2025-08-24 20:06:12

Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan, Polis Temui Dadah Dalam Kereta